Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Hisham tepis ‘spin politik’ Rafizi

 | March 24, 2016

Menteri Pertahanan meminta peguam LTAT mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap pemimpin PKR itu kerana membuat tuduhan tidak berasas.

rafizi-hishamuddin-ltat

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein menepis dakwaan terbaharu Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli terhadap Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Hishammuddin membidas Rafizi yang cuba melakukan ‘spin politik’ apabila mengaitkan LTAT dengan 1MDB.

Beliau juga meminta peguam LTAT untuk mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap pemimpin PKR itu kerana membuat tuduhan tidak berasas.

“Takkan setiap minggu (LTAT) nak jawab Rafizi?

Setiap kali dijawab, ‘goal post’ diubah, jadi sampai kiamat tak selesai,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Pertahanan di Wisma Pertahanan hari ini.

Sebelum itu, Rafizi mengancam akan mendedahkan dokumen rahsia kerajaan sekiranya LTAT tidak memperlihatkan maklumat terperinci pembayaran gratuiti mereka.

Beliau juga menuntut senarai pembayaran dan tunggakan 1MDB kepada anak syarikat LTAT, Perbadanan Perwira Hartanah Malaysia (PPHM) dari tahun 2013 hingga 2016 didedahkan.

Isnin lalu, Rafizi mendakwa urusan antara PPHM dan 1MDB itu punca pembayaran gratuiti kepada askar-askar veteran tidak berpencen tertangguh.

Terdahulu, Rafizi mendakwa timbul konflik kepentingan apabila Pengerusi 1MDB, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin turut menjadi Pengarah Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Dalam sidang media di Parlimen hari ini, Rafizi mendakwa Lodin telah mengheret LTAT dalam kemelut 1MDB dan menyebabkan ramai pesara tentera tidak mendapat caruman mereka.

Setiausaha Agung PKR itu juga mendakwa memiliki dokumen rahsia Kerajaan Persekutuan yang mengaitkan kedua-dua entiti tersebut.

Mengulas perkara itu, Hishammuddin mendesak Rafizi agar membawa ke mahkamah jika terbukti berlaku konflik kepentingan dengan jawatan yang dipegang Lodin.

“Bawa ke mahkamah dan biar mahkamah tentukan.

“Selagi tiada perkara yang jelas, apa salahnya beliau pegang dua jawatan? Salah di sisi undang-undang?, kata Naib Presiden UMNO itu.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments