Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Menyamar Ketua Polis Perak, tipu tawar projek cat balai

March 25, 2016

Dua suspek berumur 45 tahun ditahan pada 17 Mac lalu kerana menipu dengan kononnya menawarkan pelbagai projek polis.

Harrith Kam Abdullah

TAIPING: Polis berjaya menahan dua lelaki, seorang daripadanya menyamar sebagai Ketua Polis Perak ketika melakukan jenayah dua tahun lalu, kata Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Harrith Kam Abdullah.

Beliau berkata, kedua-dua suspek berumur 45 tahun itu ditahan di sini pada 17 Mac lalu kerana menipu dengan kononnya menawarkan pelbagai projek polis.

“Projek yang ditawarkan termasuk membekalkan makanan untuk tahanan di Lokap Juru serta mengecat Balai Polis Tapah. Semua projek itu tidak wujud,” katanya dalam satu kenyataan di sini, malam ini.

Katanya, seorang jurujual air minuman yang terpedaya dengan tawaran projek itu telah memasukkan bayaran wang tunai RM17,080 dalam akaun Maybank atas nama suspek kedua mulai 30 Nov 2014 sehingga 28 Feb 2015.

“Bagaimanapun, mangsa mengesyaki dia telah ditipu setelah tidak memperoleh sebarang projek sebelum membuat laporan polis,” katanya.

Harrith Kam berkata, suspek pertama yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000, manakala suspek kedua masih disoal siasat polis.

– BERNAMA


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments