Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Pengganti Zeti perlu ada kredibiliti – Sukhdave

 | March 25, 2016

Ia merupakan ulasan yang pernah dibuat sebelum ini mengenai calon pengganti Zeti.

sukhdave-singh_zeti_bnm_600_1

KUALA LUMPUR: Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Dr Sukhdave Singh berkata calon yang menggantikan Gabenor, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, sama ada luaran atau dalaman, perlu berupaya dan mempunyai kredibiliti untuk menerajui institusi berkenaan.

“Kerajaan akan membuat keputusan mengenainya,” katanya yang dipetik dari Bernama.

Beliau mengetahui bahawa Jawatankuasa Tadbir Urus BNM ada membuat cadangan kepada kerajaan mengenai perkara berkenaan, katanya.

“Saya tidak mengetahui cadangan itu,” katanya.

Kenyataan tersebut adalah bagi menjelaskan ulasan sebelum ini yang dibuat Sukhdave mengenai pengganti Zeti semasa Perbincangan Panel Persatuan Ekonomi Malaysia berkenaan Ekonomi Malaysia hari ini.

Tempoh Zeti sebagai Gabenor BNM akan berakhir pada 30 April ini.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments