Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Ramasamy mohon maaf gelar Zakir ‘syaitan’

 | April 12, 2016

Ramasamy berkata, beliau sedar perkataan 'syaitan' tidak sesuai dan telah padam perkataan itu daripada Facebooknya

p-ramasamy,zakir

PETALING JAYA: Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Prof P Ramasamy memohon maaf kerana menggelar pendakwah dari India, Dr Zakir Naik sebagai ‘syaitan’.

Ramasamy dalam satu kenyataan hari ini mengakui telah menggelar Dr Zakir sebagai ‘syaitan’ dalam menerusi catatan di Facebooknya, pada 10 April lalu, kerana penceramah itu didakwa memberi ceramah menghina agama lain.

“Pada hari sama, saya sedar perkataan ‘syaitan’ tidak sesuai dan saya telah padam perkataan itu daripada Facebook saya,” katanya.

Bagaimanapun, sejarah ubah suai di catatan Facebook merekodkan apa yang telah ditulis sebelum itu, iaitu “Let us get ‘satan’ Zakir Naik out of this country!”

“Ia hanya ditujukan kepada individu ini sahaja,” katanya.

Jelasnya, Malaysia adalah negara berbilang kaum dan agama, di mana semua agama perlu dihormati.

“Saya menyesal sekiranya penggunaan perkataan ‘syaitan’ telah menimbulkan ketidakselesaan dan kemarahan di kalangan umat Islam di Malaysia. Ini sama sekali bukan niat saya, kerana saya menghormati semua agama di negara ini,” katanya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mahu Ramasamy menarik balik perkataan ‘syaitan’ yang dilemparkan kepada Dr Zakir dan memohon maaf kepadanya.

Dr Zakir mencuri tumpuan media baru-baru ini, selepas beberapa kumpulan menyuarakan rasa kurang senang terhadap isi kandungan ceramahnya dan menggesa kerajaan melarang beliau daripada memberi syarahan umum bagi mengelakkan perpecahan.

Semalam, polis telah melarang pendakwah itu daripada memberi syarahan di sebuah program di Melaka, pada hujung minggu ini.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments