Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Rebut harta pusaka, lelaki cedera dibelasah adik-beradik

May 16, 2016

Dalam kejadian di Kampung Pak Kiang, Kampung Raja itu mangsa dipukul dengan besi dan kayu.

harta-pusaka

BESUT: Seorang lelaki patah pergelangan tangan kanan dan satu jari kaki akibat dibelasah tiga adik-beradiknya gara-gara tidak puas hati dengan pembahagian harta pusaka.

Ketua Polis Besut Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata dalam kejadian di Kampung Pak Kiang, Kampung Raja di sini tengah hari kelmarin, tiga adik-beradik mangsa berusia 17 hingga 37 tahun memukul mangsa menggunakan besi dan kayu.

Beliau berkata sebelum kejadian, ketiga-tiga suspek datang berjumpa mangsa berumur 33 tahun itu bagi membincangkan pembahagian harta pusaka membabitkan tanah peninggalan orang tua mereka hingga berlaku pertengkaran.

Semua adik-beradik mangsa ditahan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

-BERNAMA


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments