Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Azhar sila buat ‘homework’ – Budiman

 | June 6, 2016

Calon BN di Sungai Besar gesa Azhar berpijak di bumi yang nyata ketika berhasrat untuk bertanding atas tiket AMANAH.

Budiman-Mohd-Zohdi-azhar

SUNGAI PANJANG: Calon BN, Budiman Mohd Zohdi meminta calon AMANAH, Azhar Abdul Shukur menyemak fakta sebelum mengeluarkan kenyataan.

Di sidang media hari ini, ADUN Sungai Panjang menggesa Azhar supaya berpihak di bumi nyata sekiranya mahu bertanding atas tiket AMANAH, dan mempersoalkan sejauh mana AMANAH boleh menunaikan janji-janji mereka.

Sebelum ini, Azhar mendakwa pembangunan di Sekinchan yang diwakili DAP adalah lebih pesat jika dibandingkan dengan Sungai Panjang.

“Dia boleh berkata sedemikian, tetapi cuba kita tengok realiti.

“Pertama sekali bagaimana AMANAH hendak majukan? Dia bukan kerajaan di peringkat Persekutuan, kerana kerajaan Persekutuan adalah BN. Daripada segi kerajaan negeri, tiada satu pun EXCO daripada AMANAH,” katanya pada sidang media di Pusat Gerakan BN di Pasir Panjang, hari ini.

Sungai Panjang dan Sekinchan merupakan dua kawasan DUN dalam kawasan Parlimen Sungai Besar.

Budiman berkata kawasannya juga mempunyai ekopelancongan yang sama seperti di Sekinchan.

“Di Sungai Panjang,untuk mereka yang tidak mahir atau mungkin baru saja pulang ke Sungai Besar sebenarnya ada banyak ekopelancongan di sini.

“Selain homestay, kita juga ada pelancongan kelip-kelip, burung enggang di kawasan ini,” katanya.

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments