Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

AMANAH tak anggap kematian 2 ahli Parlimen BN hukuman

 | June 8, 2016

AMANAH kesal dan tidak bersetuju dengan kenyataan Nizar.

khalid-samad-nizar

SUNGAI BESAR: AMANAH yang kesal dengan kenyataan Timbalan Pengerusi AMANAH Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menganggap ia adalah kenyataan peribadi beliau.

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abdul Samad berkata, parti terbabit secara rasmi tidak menganggap kematian dua wakil rakyat BN itu sebagai hukuman.

“Jika itu yang dimaksudkan oleh Nizar, maka AMANAH tidak bersetuju kerana kita tidak tahu apa hikmah yang berlaku di sebalik kejadian ini dan hanya Allah yang mengetahuinya.

“Kita tidak mahu berpura-pura seolah-olah kita mengetahui hikmah di sebalik segala apa yang Tuhan lakukan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat AMANAH Sungai Besar hari ini.

Jelas Khalid, apa yang penting ialah AMANAH menumpukan perhatian terhadap PRK kali ini bagi untuk menewaskan BN.

“Apa yang penting, kita berhadapan dengan dua pilihan raya kecil dan bertanding bagi menunjukkan Pakatan Harapan sebagai gabungan yang mahu menggantikan BN,” katanya.

Isnin lalu, Nizar dalam ceramahnya di Kuala Kangsar mengaitkan tragedi dua ahli Parlimen BN yang terbunuh dalam nahas helikopter di Sarawak, awal bulan lalu sebagai balasan Allah terhadap kerajaan persekutuan.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments