Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Pokok tropika tertinggi di dunia ditemui di Sabah

 | June 8, 2016

Pokok jenis Meranti Kuning itu berketinggian 89.5 meter, hampir sama dengan menara jam Big Ben di London.

VIDEO INSIDE

pokok-balak

PETALING JAYA: Sepasukan pengkaji dari University of Cambridge percaya mereka menemui pokok hutan hujan tropika yang tertinggi di dunia di Lembangan Maliau Basin, sebuah kawasan konservasi hutan berkeluasan hampir 600 km persegi di Sabah.

Jurnal New Scientist melaporkan pokok Meranti Kuning itu, atau nama saintifiknya shorea faguetiana, berukuran 89.5 meter tinggi, hampir sama tinggi dengan menara jam Big Ben di London.

Ketinggian itu juga memecah rekod sebelum ini bagi kategori pokok tropika.

Bagaimanapun, pokok tertinggi di dunia berukuran 115 meter adalah di Taman Negara Redwood, California, di mana pokok di kawasan ini kebiasannya mencecah 30 meter lebih tinggi daripada pokok tropika.

Pokok di Sabah itu dikesan pengimbas laser yang dipasang pada pesawat dinaiki pengkaji David Coomes dan rakan-rakannya, ketika mereka menjalankan penggambaran 3D bagi pemetaan biodversiti kawasan Maliau Basin.

New Scientist melaporkan seorang pendaki pokok tempatan ditugaskan naik sehingga ke puncak pokok itu dengan membawa pita pengukur. Beliau kemudian menghantar pesanan ringkas telefon bimbit kepada pasukan Coomes: “Saya tidak sempat mengambil gambar dengan camera yang bagus kerana seekor burung helang sedang cuma menyerang saya, dan juga banyak lebah berterbangan”.

Pokok Meranti Kuning semakin pupus disebabkan aktiviti pembalakan oleh pengusaha minyak sawit, kata jurnal itu.

“Pembalakan merupakan masalah besar di Malaysia, di mana hutan Malaysia menerima kesannya selama 40 tahun,” kata Coomes.

Kerajaan Sabah baru-baru ini mengumumkan pemulihan sebuah kawasan hutang yang ditebang, yang terletak di bahagian timur di mana pokok tertinggi itu ditemui.

Coomes berkata sesebuah hutan boleh dipulihkan dalam tempoh 50 hingga 100 tahun.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments