Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Guru punyai banyak cuti – PIBGN

 | June 14, 2016

Ini kerana guru-guru juga boleh memperolehi cuti lain seperti cuti tanpa gaji, cuti khas dan sebagainya.

Prof-Dr-Mohamad-Ali-Hassan-1

PETALING JAYA : Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) percaya para guru mempunyai banyak cuti disebalik hanya mendapat tujuh hari Cuti Rehat Khas (CRK) dalam setahun.

Presidennya, Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali berkata, ini kerana guru-guru juga boleh memperolehi cuti lain seperti cuti tanpa gaji, cuti khas dan sebagainya.

“Saya percaya takkan begitu terdesak guru tak ada cuti untuk menikmati bersama isteri, suami dan keluarga.

“Cuti itu pada saya memang banyak bagi guru, tak ada masalah,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tweet Abdullah Mohd Nawi yang mengeluh isterinya yang merupakan seorang guru terpaksa pulang ke sekolah pada minggu pertama cuti sekolah dan sibuk memeriksa kertas peperiksaan sepanjang masa.

Abdullah menjelaskan, isterinya terpaksa menanda kertas peperiksaan daripada empat kelas yang mempunyai 40 orang pelajar setiap satu terhadap tiga mata pelajaran yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 480 kertas peperiksaan.

Katanya, isterinya mengambil masa 240 jam untuk menanda kertas peperiksaan dan menambah “Jika dia menanda tanpa henti dan tidak tidur, ia akan mengambil masa sebanyak sepuluh hari. Cuti sekolah hanya 14 hari.

Abdullah berkata, dia telah mengambil cuti tahunan dengan tujuan untuk menikmati cuti bersama isterinya dan menyoal “Sesungguhnya, perlu ada cara yang lebih baik untuk guru-guru mempunyai rehat yang sebenar semasa cuti sekolah?”

Mengulas lanjut Mohamad berkata, sekiranya ada halangan untuk menanda kertas peperiksaan, guru terbabit boleh berbincang dengan guru besar untuk tidak menjadi pemeriksa sekiranya ia berkaitan dengan kertas peperiksaan awam.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments