Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Kedai Mamak, sempadan terakhir perpaduan rakyat Malaysia?

 | June 16, 2016

Ia dicipta oleh rakyat, untuk rakyat. Ia menjadi pusat hubungan antara etnik.

Shamsul-Amri_gerai-mamak_600

BANGI: Kedai mamak kini menjadi pusat pertukaran budaya dan simbol perpaduan.

Di sini tempat tumpuan orang kaya, pertengahan dan miskin daripada setiap bangsa dan agama berbual mengenai politik, hal ehwal sosial dan hiburan di Malaysia, kata ahli antropologi.

Profesor Shamsul Amri Baharuddin dari Universiti Kebangsaan Malaysia berkata gerai mamak sudah berjaya melakukannya, sementara ahli politik gagal.

“Ia dicipta oleh rakyat, untuk rakyat. Ia menjadi pusat hubungan antara etnik,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata tidak timbul isu sama ada makanannya halal atau tidak dan ia kekal menjadi satu-satunya tempat di mana semua orang tanpa mengira pendapatan, bangsa dan agama bertemu.

“Ia menepati cita rasa semua dan menjadi sebahagian daripada identiti rakyat Malaysia.

“Kedai mamak juga inovatif. Jika anda mahu capati, dengan telur di atasnya, mamak akan buat untuk anda. Di mana lagi anda boleh dengar benda ini?”

Label “mamak” digunakan untuk orang India beragama Islam yang berhijrah dari India ke Malaysia.

Ia sebenarnya perkataan Tamil “maa-ma” yang bermaksud bapa saudara. “Mamak” pada asalnya ialah pendatang dari Tamil Nadu, Selatan India, yang membuka kedai di Malaysia, bermula di Pulau Pinang.

Shamsul berkata “pakcik” ini menjadi ciri biasa bagi perniagaan makanan jalanan.

Pengarah Institut Pengajian Etnik (Kita) itu berkata apabila rakyat Malaysia bercakap mengenai hubungan antara etnik di negara ini, perkara yang mereka terfikir di minda ialah perasaan tidak percaya di kalangan orang Melayu, Cina dan India.

Tetapi selepas semua cakap-cakap itu, mereka bertemu di tempat yang sama, iaitu di kedai mamai.

“Di situ ada muzik, makanan dan identiti yang biasa kepada semua orang. Di tengah-tengah wujudnya rasa tidak percaya menimbulkan ketegangan kepada hubungan antara kaum, rakyat lupa untuk meraikan sesuatu yang mereka cipta – kedai mamak.

“Ia memberikan rakyat Malaysia satu identiti,” katanya.

Beliau berkata, menurut kajiannya mengenai hubungan etnik di Malaysia, hanya ada kira-kira “10% kebencian” di antara kaum di Malaysia.

“Kalau tidak kita akan jadi seperti Sri Lanka (di mana Tamil berkonflik dengan Sinhalese).”

Selain kedai mamak, ada kopitiam dan McDonald’s. Bagaimanapun, kopitiam biasanya tutup kira-kira jam 10 malam dan terlalu mahal untuk golongan pertengahan sementara tidak semua orang gemar McDonald’s.

“Kedai mamak sentiasa buka. Boleh dikunjungi semua orang, tidak kira jam berapa mereka habis kerja.
“Rakyat suka bila mereka boleh makan bila-bila yang mereka mahu.”

Pelajar yang belajar di luar negara selalu terkenang mengenai hari-hari di mana mereka sering melepak di kedai mamak kerana tempat makan yang sentiasa menawarkan makanan seperti itu, sukar ditemui di luar negara.

Di Malaysia, Melayu membentuk majoriti – hampir 52% daripada populasi. Kira-kira 30% ialah Cina manakala India (8%).

Hubungan antara kaum di Malaysia kekal goyang seperti yang dapat dilihat pada perhimpunan Baju Merah 16 September dan kemelut Plaza Low Yat yang tercetus akibat kecurian telefon bimbit.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments