Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Abu Hassan ganti Mukhriz di Jerlun

June 26, 2016

Ahmad Bashah berkata, DUN Ayer Hitam yang masih dipegang Mukhriz pula dijadikan DUN angkat badan perhubungan Umno negeri bagi memastikan nasib pengundi di DUN tersebut terus terbela.

abu-hassan-mukhriz

ALOR SETAR: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh Datuk Abu Hassan Sharif dilantik pemangku Ketua Bahagian UMNO Jerlun bagi menggantikan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir yang dipecat daripada Umno.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, DUN Ayer Hitam yang masih dipegang Mukhriz pula dijadikan DUN angkat badan perhubungan Umno negeri bagi memastikan nasib pengundi di DUN tersebut terus terbela.

“Tumpuan khusus akan diberikan saya sendiri bagi memastikan segala keperluan, agenda pembangunan dan kebajikan masyarakat di DUN berkenaan terus terbela,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Jumaat lalu, Majlis Tertinggi Umno sebulat suara memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang sebelum ini digantung sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Mukhriz berkuat kuasa serta-merta manakala Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie
Apdal pula digantung keanggotaannya.

Muhyiddin dan Shafie sebelum ini digugurkan daripada Kabinet pada Julai 2015 manakala Muhkriz melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah pada Februari lepas.

Ahmad Bashah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah berkata pemecatan tersebut walaupun disifatkan sebagai ‘ditelan mati emak dan diluahmati bapa’ jelas menunjukkan Umno sebagai sebuah parti siasah yang cukup teguh tradisinya dengan amalan kesetiaan dan kebersamaan.

Umno Kedah katanya, sentiasa istiqamah dan menyokong penuh Majlis Kerja Tertinggi Umno dan kepimpinan parti demi kelangsungan.

“Amatlah dikesali setelah pelbagai ruang dan peluang diberikan kepada ketiga-tiga individu yang cukup banyak berjasa dan menyumbang, tiba-tiba boleh duduk semeja dan bersekongkol dengan parti pembangkang.

“..sehingga mewujudkan keresahan, kecelaruan dan perpecahan selain sifat berbelah bahagi dalam kalangan semua peringkat pimpinan dan ahli akar umbi,” katanya.

-Bernama


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments