Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Guan Eng rayu PKR sokong pilihan raya awal

 | July 26, 2016

DAP juga bimbang kalah di beberapa kerusi namun Guan Eng yakin terhadap rakyat Pulau Pinang.

lim-guan-eng-penang-pkr

GEORGE TOWN: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini merayu PKR supaya dapat membuat keputusan bersama-sama untuk menyokong diadakan pilihan raya negeri (PRN) mengejut.

Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang secara terbuka merayu kepada kepimpinan tertinggi PKR agar menerima rancangan mereka untuk mengadakan PRN.

“Saya rayu pemimpin PKR, bukan pemimpin di sini, tetapi yang lagi atas (pusat), buatlah keputusan bersama walaupun saya tahu mereka takut kurang kerusi,” katanya dalam majlis penerangan Kerajaan Pulau Pinang yang bertajuk “Masa Depan Pulau Pinang” di sini.

Katanya, DAP juga bimbang akan perkara yang sama namun beliau mempunyai keyakinan terhadap rakyat Pulau Pinang.

“Saya tahu mereka (PKR) akan mengadakan satu mesyuarat esok dan berharap mereka akan menyokong cadangan kami,” katanya.

Antara pemimpin yang menghadiri majlis penerangan itu ialah Presiden Amanah, Mohamad Sabu, Timbalan Ketua Menteri I Datuk Rashid Hasnon, Timbalan Ketua Menteri II Prof P. Ramasamy dan hampir seluruh barisan Exco kerajaan negeri.

Terdahulu, Lim mengumumkan bahawa Amanah bersetuju menyokong PRN itu diadakan.

“Saya diberitahu Mat Sabu bahawa mereka akan menyokong cadangan PRN dan kini hanya menunggu keputusan daripada PKR,” katanya.

Rabu lepas, Lim memberitahu sidang berita bahawa DAP akan memberi masa kepada rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan (PKR dan Amanah) untuk berbincang sebelum membuat keputusan mengenai PRN itu.

Cadangan mengadakan PRN itu berikutan tuduhan rasuah terhadap Lim.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments