Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Pemecatan Muhyiddin tidak pecahkan Umno Johor, kata MB

 | August 14, 2016

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata Umno Johor masih seperti dulu kerana ia terbina sejak bertahun yang lalu, menempuhi banyak pilihan raya.

khaleed-nordiin-muhyiiddin

KOTA TINGGI: Ramalan banyak pihak tentang Umno Johor berpuak-puak, berpecah dan lemah, susulan penggantungan dan pemecatan Tan Sri Muhyiddin sebagai timbalan presiden Umno tidak berlaku, malah Umno Johor masih kekal kuat seperti dulu.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ramalan itu tidak berlaku sama sekali.

“Umno Johor masih seperti sebelum ini. Kerana Umno Johor ini bukan terbina sehari dua. Bukan semalam, bukan sejak dua atau tiga pilihan raya yang lepas.

“Walaupun banyak gelora dan cabaran yang Umno Johor hadapi sejak tahun lepas, ternyata kesatuan ahli masih lagi sangat utuh,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Kota Tinggi di Dataran Sedili Besar, Tanjung Sedili, di sini hari ini.

Perasmian berkenaan dilakukan Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak.

Khaled berkata Umno Johor lahir sebelum kewujudan Malaysia dan kelahirannya adalah pada saat negara masih dalam berantakan serta mencari maruah diri.

“Jadi, untuk sebuah gerakan siasah yang sematang ini, ia punya kekuatan yang luar biasa. Lebih-lebih lagi di tempat kelahirannya sendiri,” katanya.

“Walaupun Tan Sri (Muhyiddin) adalah tokoh besar Johor dan sangat berjasa, beliau memilih haluan sendiri, haluan yang berlainan.

“Jadi, Umno Johor mesti menghormati pendirian tersebut. Dan tugas kita terhadap Umno harus diteruskan, malah mesti ditingkatkan,” katanya.

Beliau berkata ahli Umno perlu melihat perkara itu sebagai sebuah realiti sebuah perjuangan.
“Akan ada yang tercicir, akan ada yang tersasar, akan ada yang menarik diri, akan ada yang memilih jalan lain.

“Namun, yang harus kita fokuskan bukanlah kepada wujudnya perbezaan tersebut. Bukan pada mereka yang pergi. Kerana itu sudah lumrah,” katanya.

Khaled berkata fokus sebaliknya harus diberi kepada mereka yang memilih untuk kekal bersetia dengan wadah ini.

“Kerana bagi keseluruhan ahli Umno Johor, Umno itu bukan sekadar sebuah parti politik Melayu. Bukan sekadar sebuah institusi Melayu.

“Tetapi Umno itulah pencetus sebenar kemajuan bangsa Melayu. Umno inilah yang menghasilkan ‘the national awakening’ atau kebangkitan nasional,” katanya.

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments