Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Aziz Bari: Amanah hilang deposit kalau ikut nasihat Zaid

 | August 26, 2016

Amanah sepatutnya hanya bertanding di kawasan yang berpeluang besar untuk dimenangi mereka.

aziz bari

PETALING JAYA: Saranan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim agar Amanah bertanding di semua kerusi yang dipegang PAS pada pilihan raya umum ke-14 hanya akan menyebabkan parti itu hilang deposit, kata Dr Abdul Aziz Bari.

Ahli politik DAP itu berkata Amanah sebaliknya perlu cermat dalam memilih kerusi dan hanya bertanding di kawasan yang berpotensi dimenanginya.

“Amanah masih belum membuktikan yang mereka adalah pengganti PAS.

“Maka mereka harus memilih kawasan yang berpeluang besar untuk dimenangi. Calon-calonnya perlu bijak untuk tidak hilang deposit,” kata bekas pensyarah undang-undang itu dihubungi FMT.

Beliau mengingatkan tentang pencapaian Amanah dalam pilihan raya negeri Sarawak April lalu, apabila 9 daripada 13 calon Amanah hilang deposit.

Pada pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar pula, parti berusia setahun itu dilihat bergantung kepada penyokong DAP dan PKR.

Dua hari lalu, Zaid berkata Amanah perlu bertanding di semua kerusi PAS dan menggunakan isu 1MDB bagi memenangi pengundi yang majoritinya orang Melayu.

Sementara itu, pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia Dr Suffian Mansor berkata 1MDB tidak akan berkesan mempengaruhi pengundi terutama di kawasan luar bandar.

“Ia terlalu rumit untuk mereka faham. Hal yang lebih utama adalah isu ekonomi. Akhirnya apa yang penting buat mereka adalah pendapatan, makanan dan survival,” katanya lagi.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments