
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki berkata, pengurus besar berusia 40-an itu ditahan di ibu pejabatnya, iaitu sebuah syarikat perbankan pada Khamis lalu dalam operasi enam jam bermula 2 petang.
“Kita menahan mereka di beberapa lokasi di Kuala Lumpur dan Pahang. Antara yang ditahan adalah beberapa kontraktor dan pihak swasta.
“Mereka ditahan reman bermula semalam bagi membantu siasatan,” katanya kepada Bernama hari ini.
Susulan penahanan itu, SPRM turut membekukan RM10 juta daripada beberapa akaun milik beberapa individu terbabit.
Khamis lalu, seorang pengarah urusan sebuah syarikat perbankan sama yang bergelar Datuk turut ditahan SPRM, dipercayai atas dakwaan salah guna kuasa dan rasuah.
Ia dipercayai melibatkan kes berkaitan tender pertukaran sistem bank dan penerbitan buku berkaitan seorang tokoh pemimpin negara.
SPRM kini melancarkan operasi besar-besaran untuk menangkap individu menyalahgunakan kuasa dan mempunyai kehidupan melebihi kemampuan, selaras kenyataan Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Dzulkifli Ahmad yang mahu membersihkan perkhidmatan awam daripada rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.