Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Jeff Ooi serah diri esok

 | September 19, 2016

Peguamnya berkata ahli Parlimen DAP itu akan hadir di balai polis, tengah hari esok.

rayer-jeff-ooiGEORGE TOWN: Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi Chuan Aun akan hadir di Balai Polis Jalan Patani di sini esok untuk membantu siasatan berhubung komen beliau mengenai kematian Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din.

Peguamnya RSN Rayer berkata anak guamnya akan hadir di balai polis itu, tengah hari esok.

“Ooi akan memberi keterangan dan akan memberi kerjasama kepada polis berhubung kes itu,” katanya.

Ooi akan diwakili peguam Rayer, Gobind Singh Deo, Ramkarpal Singh Deo dan Lim Lip Eng dalam kes itu.

Ahli Parlimen DAP itu dikritik sejak Jumaat lalu selepas didakwa memuat naik status, “Adios Harun Din. Let There Be Peace” dalam akaun Twitternya dan berikutan insiden itu, beliau menukar akaunnya daripada awam kepada peribadi.

Ooi kemudian menafikan catatan di Twitter kerana beliau berkata imej yang diedarkan dimanipulasi melalui Photoshop dan menegaskan dia mempunyai kuasa penuh ke atas akaun media sosialnya.

Awal hari ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menggesa Ooi menyerah diri kepada polis jika beliau mahu proses itu berjalan lancar.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan iaitu mengeluarkan kenyataan melukakan perasaan umat Islam.

 

Pautan

Jeff Ooi diminta serah diri selepas komen Haron Din


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments