Alhamdulillah saya fasih bahasa Inggeris, kata Syed Saddiq
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi disaran perbaiki diri seperti dirinya yang boleh mengajar di 25 negara
Menepis kecaman orang ramai terhadap Zahid, juara debat Asia itu memberi kata-kata dorongan kepada Zahid supaya perbaiki diri seperti dirinya yang boleh mengajar di 25 negara.
“Saya pun dulu gagap dan tidak fasih dalam bahasa Inggeris, tetapi alhamdulillah sekarang saya diberikan mandat untuk mengajar di lebih 25 negara.
“Buktikan kritikan itu salah.
“Hadirlah ke kelas bahasa Inggeris dan mulakanlah diri untuk terlibat dalam suasana yang bertutur dalam bahasa Inggeri,” katanya dalam status di Facebook.
https://www.facebook.com/ZahidHamidiFC/videos/701370656680388/
Ucapan Zahid di sesi Perbahasan Umum ke-71 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York, Amerika Syarikat mengundang kecaman beberapa pihak kerana kesalahan beliau bertutur.
Zahid turut tersilap menyebut Datuk Seri Najib Razak sebagai presiden Malaysia.
“Secara peribadi saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan cubaannya bertutur dalam bahasa Inggeris. Saya lebih kecewa dengan isi kandungan ucapannya.
“Saya lebih kecewa dengan kegagalannya untuk lantang bersuara demi negara, agama dan bangsa. Tetapi untuk lain kali, saya selalu memberitahu diri saya iaitu di mana ada kemahuan di situ ada jalan,” katanya.
Melihat masalah Zahid sebagai masalah yang meluas dalam kalangan Bumiputera, pemimpin muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu berkata ia bermula di peringkat masyarakat lagi.
“Di sekolah, kita timbulkan suasana tidak sihat apabila ada yang hendak belajar bahasa Inggeris. Kita akan mengejek mereka apabila berbuat demikian.
“Kita cepat memperlekehkan usaha sesetengah rakyat malaysia yang ingin mencuba ‘dunia’ yang baru.
“Bila mereka bertutur dalam bahasa Inggeris, ada yang akan melabel sebagai pengkhianat bangsa, lidah penjajah, bajet omputih (orang putih).
“Malangnya, apabila ada yang mencuba, kita kutuk mereka kerana tidak fasih, broken english”,” katanya.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram