Ekonomi negara diunjur naik kepada 4.5%, kata PM
Najib berkata, FDI yang diluluskan pada separuh pertama tahun ini mencecah 83.3% daripada jumlah pelaburan asing yang diluluskan untuk keseluruhan tahun lalu.
Datuk Seri Najib Razak berkata, ekonomi negara berkembang 4% pada suku ke-2 tahun ini, selepas
merekodkan pertumbuhan 4.2% pada suku pertama 2016.
Beliau berkata, sejak 2009, pendapatan negara kasar meningkat hampir 50% dengan 1.8 juta pekerjaan diwujudkan.
“Disebabkan asas ekonomi kita kukuh, Malaysia terus menarik pelaburan langsung asing (FDI) dan sebenar yang besar tahun ini, sangat baik untuk kita,” katanya kepada pemimpin perniagaan Jerman pada sesi dialog di negara itu, hari ini.
Antara syarikat yang menyertai sesi dialog itu ialah Atotech, AWS Schafer, BMW, Daimler, Osram, Volkswagen, Infineon, Bombardier Transportation, Ensinger, B Braun, Green Sugar dan Biesterfeld International.
Beliau kini dalam rangka lawatan rasmi 3 hari ke Jerman atas jemputan Canselor, Angela Merkel.
Katanya, tahun lalu, Malaysia meluluskan FDI bernilai AS$8.4 bilion.
“Saya gembira menyatakan dalam separuh pertama tahun ini, FDI yang diluluskan mencecah 83.3% daripada jumlah pelaburan asing yang diluluskan untuk keseluruhan tahun lepas.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
“Kami menjangkakan angka itu akan terus meningkatkan menjelang akhir 2016,” kata menteri kewangan itu.