Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Adun Jorak sertai PPBM tidak jejas BN Johor, kata MB

 | October 7, 2016

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata perkembangan itu akan menyebabkan BN lebih bersemangat untuk bekerja kuat bagi menghadapi PRU.

Datuk Dr Shahruddin Md SallehJOHOR BAHRU: BN di negeri ini tidak sesekali tergugat dengan pelantikan bekas pemimpin Umno Johor Datuk Dr Shahruddin Md Salleh sebagai setiausaha agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Malah, Pengerusi BN Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata perkembangan itu akan menyebabkan BN lebih bersemangat untuk bekerja kuat bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang, sekali gus menawan beberapa kerusi termasuk yang terlepas daripada genggaman mereka semasa PRU lepas.

“Kerajaan negeri menganggap ini realiti politik, berasaskan keadaan semasa yang dilalui hari ini.

“Bagaimanapun, ini tidak bermakna kita sebagai parti pemerintah lemah. Saya sudah berkali-kali menyatakan, kita masih mempunyai majoriti selesa dan paling penting ialah melaksanakan tugas dengan baik, bukan melihat kepada angka semata-mata,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Deepavali kepada 200 penerima di Dewan Serbaguna Taman Scientex, Pasir Gudang, hari ini.

Khaled yang juga menteri besar Johor, diminta mengulas mengenai pelantikan Shahruddin itu, seperti diumumkan presiden parti berkenaan, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam.

Shahruddin yang juga Adun Jorak, meletak jawatan sebagai naib ketua Umno Bahagian Pagoh pada 4 Julai lepas.

Susulan perkembangan terbaharu itu, Khaled yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor turut ditanya mengenai kemungkinan lebih ramai ahli BN khususnya Umno menyertai pembangkang.

“Mereka masih menyayangi parti dan dalam apa keadaan sekalipun, saya yakin mereka boleh berfikir secara mendalam, walaupun saya tidak nafikan parti pembangkang sedang mengasak beberapa kerusi di selatan dan utara Johor,” katanya.

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments