Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Pasukan elit polis silap cekup doktor muda di Hospital Serdang

 | October 12, 2016

Ketika kejadian, doktor yang disangka perompak itu memakai pakaian doktor, dengan tag pengenalan hospital dan stetoskop di lehernya.

Pasukan Tugas Khas Melawan Jenayah Terancang (Stafoc)PETALING JAYA: Seorang doktor di Hospital Serdang yang disangka perompak oleh sepasukan polis elit dicekup dan direbahkan ke atas lantai, sebelum digari dan disoal siasat untuk beberapa jam, lapor akhbar The Sun.

Insiden Jumaat lalu itu berlaku apabila anggota elit Pasukan Tugas Khas Melawan Jenayah Terancang (Stafoc) tiba dengan berpakaian hitam, lengkap dengan balaclava dan senjata berat selepas menerima laporan sekumpulan perompak berada di ruang makan dekat tempat letak kereta hospital itu.

Polis Sepang mengesahkan menerima aduan daripada seorang doktor berumur 28 tahun, yang ketika kejadian memakai pakaian doktor, dengan tag pengenalan hospital dan stetoskop di lehernya.

“Pengadu mendakwa dikasari anggota pasukan yang melakukan serbuan dan berkata insiden itu memalukannya,” kata ACP Abdul Aziz Ali dipetik The Sun.

Beliau memberi jaminan penyiasatan menyeluruh sedang dilakukan dan berharap orang ramai tidak membuat spekulasi.

Doktor itu berkata beliau menyangka kira-kira 12 anggota Stafoc itu merupakan penjenayah, dan beliau seperti kakitangan hospital lain di kawasan itu bertempiaran menyelematkan diri.

The Sun melaporkan pasukan Stafoc tiba di hospital selepas mendapat tahu 7 penjenayah yang terlibat dalam sebuah rompakan di Kajang berada di situ.

Polis berjaya menangkap suspek yang cuba melarikan diri, bagaimanapun menyangka doktor yang ketika itu cuba menyelamatkan dirinya juga seorang penjenayah.

Seorang doktor kanan dilaporkan merayu anggota Stafoc melepaskan rakannya tetapi tidak diendahkan pasukan itu.

Doktor itu kemudian dibawa ke balai polis untuk soal siasat, dan dibebaskan dengan jaminan pada 3.00 pagi disambut ayahnya yang kebetulan seorang pegawai polis di Bukit Aman.

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments