Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Dr Fauziah perlu terus berjuang bela Palestin, kata PM

 | October 18, 2016

Perkara itu disampaikan Datuk Seri Najib Razak ketika menerima kunjungan hormat Dr Fauziah di pejabatnya di Menara Parlimen hari ini.

najib-razak-dr

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berharap wakil tunggal Malaysia dalam misi kemanusiaan ‘Women’s Boat to Gaza’ (WBG), Dr Fauziah Mohd Hasan agar meneruskan perjuangan membela nasib warga Palestin.

Perkara itu disampaikan ketika menerima kunjungan hormat Dr Fauziah di pejabatnya di Menara Parlimen hari ini.

Turut hadir pada kunjungan itu Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Pertubuhan Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor.

Dr Fauziah kemudiannya memberitahu pemberita dalam pertemuan itu, perdana menteri turut menyatakan sokongan terhadap usaha membantu rakyat Palestin yang ditindas rejim Zionis.

“Perdana menteri pernah sampai ke Gaza dan isu Palestin sememangnya dekat di hati beliau,” katanya.

Dr Fauziah turut melahirkan ucapan terima kasih kepada perdana menteri dan kerajaan Malaysia kerana memberikan sokongan terhadapnya dan keluarga ketika beliau ditawan tentera Zionis.

Beliau ditahan tentera Israel bersama 10 anggota misi WBG yang lain semasa menaiki kapal Zaytouna-Oliva menuju Gaza pada 5 Oktober lepas.

Kapal misi kemanusiaan anjuran Freedom Flotilla Coalition itu kemudiannya ditunda ke Pelabuhan Ashdod.

Sementara itu, Dr Fauziah berkata Freedom Flotilla Coalition mahu Malaysia mengambil peranan menjalankan misi bantuan ke Gaza pada masa depan.

“Mereka mengetahui kerajaan dan rakyat Malaysia memberi sokongan yang amat kuat kepada misi bantuan kepada rakyat Palestin dan mahu kita menganjurkan misi kemanusiaan yang akan datang,” katanya.

Pautan:

Kami tak takut ditahan tentera Israel, kata Dr Fauziah


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments