Jamal kesal cium tangan Dr Mahathir
Katanya, beliau akan meludah di tangan bekas perdana menteri itu jika berpeluang bertemunya sekali lagi.
PETALING JAYA: Datuk Jamal Yunos yang mengetuai gerakan Baju Merah meluahkan rasa kesalnya kerana bersalaman dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan mencium tangan bekas perdana menteri itu.
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu berkata tingkah laku Dr Mahathir tidak wajar bagi seorang negarawan yang sudah berusia dan akan meludah tangan beliau jika bertemu dengannya sekarang, menurut Malaysiakini.
Jamal berkata parti baharu Dr Mahathir, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mampu mengumpul sokongan Melayu untuk pembangkang dan mengadakan himpunan jalanan Bersih 5 di Kuala Lumpur pada 19 November depan.
“Saya bukan rasis, tetapi Bersih 5 sekali lagi akan disertai ‘Cina DAP’ yang ‘biadap dan sombong’,” katanya dipetik sebagai berkata.
Satu lagi kumpulan anti Bersih, Pertubuhan Jati Malaysia dilaporkan mendesak kaum India dan Cina menyertai Baju Merah sebagai bantahan terhadap Bersih.
Himpunan Bersih 5 yang akan diadakan untuk mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menggesa pilihan raya yang adil
Jamal ditahan reman 2 hari pada minggu lalu untuk membantu siasatan kes membabitkan perkelahian penyokong anti Bersih di Kuala Selangor.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
Beliau berkata Baju Merah akan mengadakan demonstrasi balas besar-besaran terhadap Bersih 5 di Dataran Merdeka pada 5 November.