Apa faedah pembangkang usik Rosmah, Rizal bidas DAP
Pembangkang seharusnya mengambil serius pembentangan Bajet 2017 daripada mengusik isteri perdana menteri.
Malaysian Official 1 disebut dalam tuntutan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat untuk menyita aset-aset yang dikaitkan dengan dakwaan penggelapan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Apa faedah yang boleh diperolehi oleh ahli parlimen pembangkang dengan mengusik Datin Seri Rosmah?” katanya kepada FMT.
Beliau menambah pembangkang sepatutnya mengambil serius pembentangan belanjawan negara daripada mengusik isteri perdana menteri.
“Bajet 2017 dibentang untuk melaksanakan tanggungjawab kerajaan bagi memenuhi keperluan rakyat dan negara, bukan untuk memenuhi kehendak pembangkang ataupun ruang untuk mereka membuat ‘political stunt’ dengan keluar dewan,” katanya.
Ng Wei Aik (DAP-Tanjong) dalam status Facebook Jumaat lalu mendakwa beliau bertanyakan “siapa isteri MO1” kepada Rosmah di Parlimen, yang hadir sebagai pemerhati untuk Bajet 2017.
Wei Aik mendakwa Rosmah menjawab: Ya, saya. Kamu ingat saya takut dengan kamu.”
Ketika pembentangan Bajet 2017 Jumaat lalu, ahli Parlimen Pakatan Harapan bersama Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin (PPBM-Pagoh) meninggalkan Dewan Rakyat.
Mereka juga memegang poster “#Siapa MO1?” dan meninggalkan tempat duduk masing-masing.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram