Muhyiddin tak ikhlas perjuang isu 1MDB, kata Annuar
Ketua Penerangan Umno itu berkata Muhyiddin hanya menggunakan situasi yang berlaku daripada 1MDB untuk melemahkan kedudukan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.
Ketua Penerangan Umno itu berkata Muhyiddin hanya menggunakan situasi yang berlaku daripada 1MDB untuk melemahkan kedudukan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.
“Dia cuba ambil kesempatan, apabila perdana menteri menghadapi masalah dia (Muhyiddin) ingat dapat sokongan ahli Umno, tetapi sebenarnya tidak,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.
Annuar berkata ketika Muhyiddin masih memegang jawatannya dalam Kabinet, tidak pernah sekalipun beliau membangkitkan isu 1MDB sebaliknya lebih gemar berdiam diri.
“Sepanjang pengetahuan saya sebagai ahli Majlis Tertinggi, Muhyiddin sewaktu menjawat jawatan itu dan timbalan perdana menteri, tidak pernah bersuara secara tegas.
“Saya sendiri pernah cabar beliau kenapa tidak bawa isu ini sewaktu jadi timbalan perdana menteri, kenapa diam seribu bahasa kemudian buat ucapan terbuka di Mesyuarat Umno Bahagian Cheras,” katanya.
Selain itu, Annuar berkata Muhyiddin ahli Parlimen yang tidak “gentlemen” kerana tidak membenarkannya untuk mencelah sewaktu sesi perbahasan Bajet 2017.
“Pagoh (Muhyiddin) buat ucapan iaitu serangan tertentu, saya bersedia untuk menghormati. Tetapi apabila dia buat tuduhan, saya hairan kenapa Pagoh tidak berani berdepan dengan saya.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
“Sebagai ahli Parlimen berpengalaman, seharusnya beliau mengambil peluang untuk memberi ruang, tetapi sampai sudah beliau hanya bermonolog,” katanya.