Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Rafizi diperintah bayar RM150,000 kepada Pengerusi NFCorp

 | October 31, 2016

Naib Presiden PKR itu diarah membayar ganti rugi RM150,000 kepada Mohamad Salleh dan RM50,000 kepada NFCorp

VIDEO INSIDE

rafizi-nfc-1

KUALA LUMPUR: Mohd Rafizi Ramli hari ini diperintahkan membayar ganti rugi RM200,000 kepada Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan syarikatnya kerana memfitnah berhubung pembelian hartanah di KL Eco City, Bangsar.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Azizul Azmi Adnan membuat keputusan itu selepas membenarkan saman Mohamad Salleh dan NFCorp terhadap Rafizi, yang merupakan defendan pertama.

Azizul memerintahkan Naib Presiden PKR itu membayar ganti rugi RM150,000 kepada Mohamad Salleh dan RM50,000 kepada syarikatnya.

Mahkamah turut memerintahkan Rafizi membayar kos sebanyak RM100,000 kepada plaintif (Mohamad Salleh dan NFCorp).

Bagaimanapun, mahkamah menolak saman Mohamad Salleh dan NFCorp terhadap Malaysiakini, yang dinamakan sebagai defendan kedua, dan memerintahkan plaintif membayar kos sebanyak RM50,000 kepada portal berita berkenaan.

Dalam saman difailkan pada 3 Jun 2013, Mohamad Salleh dan NFCorp, mendakwa pada 7 Mac 2012, Rafizi membuat kenyataan berbaur fitnah pada sidang media di Pejabat PKR berhubung pembelian hartanah KL Eco City dan ia disiarkan Malaysiakini pada hari yang sama.

Beliau berkata saman itu difailkan kerana kerugian yang dialami akibat pembohongan, maklumat mengelirukan, pendedahan maklumat perbankan yang sulit dan kenyataan fitnah yang dibuat defendan.

Mohamad Salleh memohon ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk serta faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Beliau juga memohon injunksi untuk menghalang defendan daripada terus mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan dan memperdaya orang ramai mengenai isu itu.

Dalam penghakimannya, Azizul berkata kenyataan yang dibuat Mohd Rafizi adalah fitnah dan beliau mendakwa dana awam telah diselewengkan.

“‘Seleweng’, pada pandangan saya, suatu tuduhan yang serius berbanding ‘salah guna’, dan perkataan ‘salah guna’ mungkin timbul daripada kecuaian semata-mata atau kurang berhati-hati, manakala ‘seleweng’, seperti dinyatakan sebelum ini, membayangkan unsur ketidakjujuran,” katanya, sambil menambah Rafizi tidak mengesahkan ketepatan atau sama ada maklumat yang terkandung dalam dokumen itu lengkap.

“Walaupun perkataan ‘dijadikan jaminan’ boleh dibaca untuk membawa maksud ‘digunakan sebagai pengaruh’ dan bukannya ‘jaminan’, pada pandangan saya, penggunaan perkataan ‘diselewengkan’ memberi gambaran dana awam diletak dalam risiko atas alasan bahawa dana itu digunakan sebagai pengaruh untuk mendapatkan pinjaman peribadi,” katanya.

Azizul juga berkata tiada sebarang bukti dana awam digunakan sebagai cagaran atau jaminan atau sebaliknya diletak dalam risiko, walaupun hujah Rafizi diterima bahawa dia hanya bermaksud dana itu yang diagihkan kepada NFCorp digunakan sebagai pengaruh.

“Saya mendapati kenyataan dikeluarkan Rafizi juga berbaur fitnah terhadap plaintif kedua (NFCorp), kerana ia memberi gambaran plaintif kedua menyalahgunakan hasil pendapatan daripada pinjaman kerajaan dengan membenarkan pengarah-pengarahnya meningkatkan pembiayaan dengan memanfaatkan deposit,” kata hakim itu.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments