Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Bersih tiada hak suruh polis campur tangan

 | November 17, 2016

Tan Sri Khalid Abu Bakar menolak kenyataan Datuk Ambiga Sreenevasan yang memetik Akta Perhimpunan Aman untuk meminta campur tangan polis dalam himpunan Bersih 5, Sabtu ini.

igp-ambiga-bersih-polis

KUALA LUMPUR: Bersih 2.0 tidak berhak meminta campur tangan polis untuk perhimpunan hujung minggu ini memandangkan ia sudah pun diisytiharkan sebagai himpunan haram, kata ketua polis negara.

Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata mereka yang meminta perlindungan polis mesti terlebih dulu mematuhi undang-undang.

Pada sidang akhbar di Bukit Aman hari ini beliau menolak desakan bekas pengerusi bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan supaya polis mencegah peserta Baju Merah dan Bersih 5 mengadakan demonstrasi serentak Sabtu ini.

Ambiga sebelum ini berkata pihak berkuasa boleh menggunakan Seksyen 18 Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012, mengasingkan perhimpunan balas Baju Merah dan memberikan mereka tarikh dan lokasi alternatif.

“Mereka tau undang-undang,” kata Khalid ketika ditanya mengenai perkara itu.

Khalid mengulangi kenyataannya dengan berkata 2 perhimpunan serentak pada hujung minggu ialah haram dan polis akan mengambil tindakan sewajarnya.

“Sebelum ini sudah ada Bersih 1 hingga ke Bersih 5. Berapa lama lagi perlu kita bersabar dengan orang seperti ini?

“Jika pemilik tempat itu kata anda tidak boleh tempatnya, maka pergi cari tempat lain. Kenapa keras kepala sangat?

“Kita kena hormat juga hak orang yang menggunakan kawasan itu, peniaga dan pengunjung,” katanya.

Bagaimanapun, Khalid enggan menjawab sama ada pihak berkuasa akan membuat tangkapan pencegahan sebelum Sabtu ini, dan hanya berkata ia “bergantung” kepada keadaan.

Beliau juga tidak memberitahu berapa ramai anggota polis akan ditugaskan pada hujung minggu ini dan hanya berkata “sebanyak yang diperlukan”.

Ambiga berkata himpunan Bersih 5 akan diteruskan seperti dirancang dan menegaskan mengikut APA 2012, permit tidak diperlukan untuk mengadakan perhimpunan.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments