Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Dr Mahathir tidak dijemput ke Persidangan Kebangsaan DAP

 | November 25, 2016

Loke berkata, berdasarkan tradisi DAP, hanya parti komponen Pakatan Harapan yang dijemput menghadiri persidangan kebangsaan itu.

anthony-loke-mahathirKUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad tidak dipelawa ke Persidangan Kebangsaan DAP minggu depan kerana Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bukan parti komponen Pakatan Harapan, kata setiausaha organisasinya, Anthony Loke Siew Fook.

“PPBM belum membentuk pakatan rasmi dengan Harapan. Ia adalah tradisi kami hanya mempelawa parti komponen pakatan kami ke persidangan kebangsaan.”

Persidangan kebangsaan DAP dijadualkan berlangsung di Pusat Konvensyen Ideal di Shah Alam pada 4 Disember ini.

Loke berkata, antara pemimpin Pakatan Harapan yang dijemput ialah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Presiden Amanah, Mohamad Sabu serta timbalannya, Salahuddin Ayub.

“Kami sudah menjemput veteran parti kami dan turut menjemput pucuk pimpinan 2 parti komponen dalam PH, iaitu PKR dan Amanah.”

Beliau berkata, hanya 2 pemimpin DAP akan menyampaikan ucapan di persidangan itu, iaitu pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai dan Setiausaha Agung, Lim Guan Eng.

“Tiada ucapan daripada pemimpin parti lain. Hanya 2 pemimpin DAP akan berucap pada persidangan itu dan akan ada perbahasan di kalangan perwakilan kami.”

Katanya, seramai 2,732 perwakilan dari seluruh negara dijangka menghadiri persidangan kebangsaan itu yang bakal meraikan ulang tahun ke-50 parti itu.

“Parti dijangka menerima pakai pengisytiharan ‘DAP pada 50’, di mana ia akan memperbaharui asas perjuangan parti untuk 50 tahun akan datang.”

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments