Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

DUN Johor: Wakil rakyat DAP bantah ucapan menteri besar

 | November 27, 2016

Ucapan penutup menteri besar yang membidas DAP menimbulkan kekecohan di DUN Johor.

Tan-Hong-Pin_Mohamed-Khaled-Nordin_johor_600

PETALING JAYA: Wakil rakyat DAP hari ini membantah dan menganggu ucapan penutup Menteri Besar Tan Sri Mohamed Khaled Nordin di Dewan Undangan Negeri Johor, di mana beliau menasihatkan DAP tidak menentang penjenamaan perpaduan Bangsa Johor.

Menurut NST Online, Khaled menegur DAP kerana tidak menyokong agenda pembangunan negeri dan memberi amaran kepada mereka kerana sering memberi gambaran buruk terhadap projek-projek pembangunan Johor.

“DAP dan agendanya tidak sesuai dengan aspirasi Bangsa Johor dan Muafakat Johor. Ini sangat bertentangan Agenda Progresif Johor,” kata Khaled.

Tan Hong Pin (DAP-Mengkibol) cuba mencelah tetapi dihalang Speaker Dewan Undangan Tan Sri Mohamad Aziz.

Khaled meneruskan ucapan beliau, yang mempersoalkan kewibawaan parti sejak memerintah Pulau Pinang.

Pada ketika ini, Dr Boo Cheng Hau (DAP-Skudai) berdiri, tunduk, dan meninggalkan dewan DUN.

Beliau kembali beberapa minit dan kemudian memberitahu sidang media beliau hanya ” ke tandas”.

Wong Shu Qi (DAP-Senai) turut berdiri ketika Khaled berucap dan menafikan DAP bersalah terhadap polarisasi kaum, dengan berkata: “Kami berdiri untuk semua rakyat Malaysia.”

Yeo Tung Siong (DAP-Pekan Nanas) dan Chew Peck Choo (DAP-Yong Peng) juga turut membantah, menyebabkan beberapa wakil Barisan Nasional juga bangun dan menggesa rakan-rakan DAP bertenang dan mematuhi arahan Khaled.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments