Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Faiz Subri mahu gayakan pakaian nasional ke Anugerah Puskas

 | December 6, 2016

Pemain skuad Pulau Pinang itu berharap undi rakyat Malaysia akan mengiringinya ke Zurich, Switzerland.

faiz-subri2

PETALING JAYA: Calon akhir Anugerah Puskas Fifa 2016 Mohd Faiz Subri berharap undi rakyat Malaysia akan mengiringinya ke Zurich, Switzerland.

Pemain tengah skuad Pulau Pinang itu berkata dirinya masih terkejut dengan pencalonan ke senarai akhir jaringan tercantik di dunia bagi tahun 2016.

“Terkejut! Saya percaya ini semua rezeki untuk anak-anak saya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat dan pengundi di Malaysia.

“Saya berharap mereka terus mengundi saya,” kata Faiz kepada FMT.

Anugerah itu diwujudkan pada 20 Oktober 2009 oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) bagi menghormati pemain yang menjaringkan gol “tercantik” setiap tahun.

Anak watan Kedah itu tercalon melalui jaringan hasil tendangan percuma dalam perlawanan Liga Super Malaysia, Pulau Pinang menentang Pahang, Februari lalu.

Menewaskan 7 calon lain termasuk Lionel Messia (Argentina) dan Neymar (Bercelona), Faiz masuk ke senarai akhir bersama Marlone dari kelab Corinthians, Brazil dan Daniuska Rodriguez dari skuad wanita kebangsaan Venezuela.

Pemakai jersi nombor 13 itu ingin mengayakan pakaian nasional ke majlis Anugerah Puskas Fifa 9 Januari tahun depan sekiranya diizinkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

“Apa jua keputusan saya terima. Bagi saya, berada dalam 3 calon terakhir sudah cukup berharga buat diri saya,” katanya.

Sementara itu, penaung Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi insentif RM15,000 kepada Faiz.

Insentif itu diberikan kepada Faiz kerana berjaya memasuki kelompok 3 jaringan terbaik Anugerah Puskas Fifa 2016.

“Kurniaan ini diberikan sebagai penghargaan atas kejayaan beliau yang telah mengharumkan nama negara,” kata TMJ di laman Facebook Johor Southern Tigers.

“Ianya tidak ada sebarang kaitan berkenaan spekulasi beliau akan menyertai kelab Johor Darul Takzim (JDT) untuk saingan Liga Malaysia musim hadapan.

“Selamat maju jaya diucapkan buat Faiz Subri,” tambah TMJ.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments