Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

TMJ hadiah RM15,000 pada Faiz Subri

 | December 7, 2016

Hadiah itu diberikan atas kejayaan pemain Pulau Pinang itu berada dalam kelompok 3 calon terbaik Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016.

tmj_faiz-subri_600

KUALA LUMPUR: Penaung Persatuan Pemain-pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menghadiah RM15,000 kepada Mohd Faiz Subri.

Hadiah itu diberikan bagi kejayaan pemain Pulau Pinang itu setelah berada dalam kelompok 3 calon terbaik Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016.

Menurut laman sosial Johor Southern Tigers, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) memberikan kurniaan berkenaan sebagai penghargaan atas kejayaan Faiz yang mengharumkan nama negara.

“Namun ia tidak ada sebarang kaitan berkenaan spekulasi beliau akan menyertai JDT (Johor Darul Ta’zim) untuk saingan Liga Malaysia musim hadapan. Selamat maju jaya diucapkan buat Faiz Subri,” katanya.

FIFA menerusi lama web rasminya, www.fifa.com mengumumkan 3 gol terbaik ke peringkat akhir untuk Anugerah Puskas FIFA 2016.

Selain gol ajaib Faiz, turut tersenarai dalam senarai akhir untuk anugerah berkenaan ialah jaringan pemain kelab Corinthians, Brazil, Johnath Marlone Azevedo da Silva dan wakil tunggal wanita, Daniuska Rodriguez dari Venezuela.

Peminat bola sepak tempatan masih berpeluang mengundi jaringan Faiz melalui laman web rasmi FIFA, www.fifa.com sebelum pemenang akan diumumkan pada Anugerah Bola Sepak FIFA di Zurich, Switzerland pada 9 Januari depan.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments