Harith Iskander menang anugerah individu paling lucu di dunia
Pelawak solo negara itu berjaya mengalahkan 4 finalis dalam pertandingan yang diadakan di Levi, Finland pada Khamis
PETALING JAYA: Pelawak Harith Iskander mengharumkan nama Malaysia apabila berjaya memenangi anugerah individu paling lucu di dunia, menewaskan 4 pelawak lain dalam pertandingan yang diadakan di Levi, Finland.
The Star Online melaporkan 4 finalis lain ialah Alex Calleja dari Filipina, Katerina Vrana dari Greece, Mino van Nassau dari India dan David Kilimnick dari Israel.
“Tahniah @HarithIskander – #LaughFactory’s Funniest Person in the World for 2016,” kata penganjur pertandingan, Laugh Factory, yang menulis di akaun Twitter rasmi mereka.
Selain berpeluang melakukan jelajah komedia di Amerika Syarikat, Harith juga menerima hadiah utama sebanyak ASD$ 100,000 (RM444,845).
Peringkat akhir pertandingan diadakan di Hullu Polo Arena pada Khamis.
Pemenang dipilih melalui undian global oleh peminat secara dalam talian, yang dibuka selama 24 jam selepas persembahan, The Star Online melaporkan.
Pada peringkat awal pertandingan, Harith perlu mengalahkan 88 pelawak lain di seluruh dunia, termasuk seorang lagi wakil Malaysia, Dr Jason Leong.
PAUTAN:
Harith Iskander dipilih pertandingan akhir lawak sedunia
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram