Kerja keras pasukan keselamatan berjaya tumpas penculikan di Sabah
Timbalan menteri dalam negeri memuji gerak kerja berkesan antara Majlis Keselamatan Negara bersama Indonesia dan Filipina dalam mengekang jenayah di perairan Sabah.
“Kejayaan ini juga hasil risikan yang baik. Saya harap selepas ini tindakan atau taktik pihak polis Sabah dapat dipertingkatkan.
“Selain itu, kejayaan berkenaan turut didorong gerak kerja berkesan antara Majlis Keselamatan Negara bersama Indonesia dan Filipina dalam mengekang jenayah di perairan Sabah.
Sehubungan itu, beliau berharap rakyat akan terus memberi sokongan kepada pihak berkuasa agar kes penculikan di Sabah dapat dibanteras, katanya kepada pemberita selepas Sambutan Hari Keluarga Parlimen Pulai di sini, hari ini.
Nur Jazlan berkata kejayaan itu juga sekali gus menangkis segala kritikan pembangkang yang seringkali mempertikai usaha dilakukan kerajaan untuk meningkatkan keselamatan di kawasan tersebut.
Dalam insiden pada Khamis malam itu, 3 daripada 7 suspek yang dipercayai penculik dari selatan Filipina, mati ditembak Pasukan Gerakan Am (PGA) manakala 2 diberkas dan 2 lagi penculik dapat melarikan diri.
Polis berkata sebelum itu, suspek menculik 2 juragan bot namun seorang daripadanya berjaya diselamatkan manakala seorang lagi hilang bersama 2 penculik berkenaan.
Kejadian itu turut mencederakan seorang anggota PGA di bahagian kaki kanan dan kini dirawat di Hospital Semporna.
Polis: 3 penculik ditembak mati, 2 ditahan di Sabah
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram