Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Tak perlu tertekan lulus projek tambak Pulau Pinang, kata Umno

 | December 18, 2016

Umno Pulau Pinang bersimpati dengan nasib nelayan di kawasan itu dan membantu berurusan dengan kerajaan persekutuan berhubung isu alam sekitar.

zainal-abidin-tambak

NIBONG TEBAL: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata Jabatan Alam Sekitar (JAS) tidak perlu tertekan untuk memberi kelulusan kepada kerajaan Pulau Pinang menjalankan projek tambak laut di perairan selatan negeri ini.

Beliau mengulas mengenai laporan Kajian Impak Alam Sekitar (DEIA) bagi pelaksanaan projek tersebut.

Laporan itu menyebut tentang kemusnahan habitat laut yang akan menjejaskan pendapatan nelayan di kawasan terlibat.

“Kami bersimpati dengan nasib nelayan di kawasan berkenaan namun Umno Pulau Pinang akan sedaya upaya membantu mereka dari segi berurusan dengan kerajaan persekutuan berhubung isu alam sekitar.

“Memang nelayan boleh lagi mencari sumber pencarian namun hasilnya tidak akan sama seperti apa yang mereka peroleh seperti hari ini jika projek tambakan laut itu diteruskan kerana ia menjejaskan hidupan marin,” kata Zainal dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Difahamkan, projek tambak laut itu bagi membina 3 pulau buatan untuk melaksanakan Pelan Induk Pengangkutan (PIP) membabitkan kawasan Permatang Damar Laut, Sungai Batu dan Gertak Sanggul.

Lebih 3,000 nelayan mencari hasil laut di kawasan berkenaan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Balik Pulau Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya yang turut hadir berkata selain 3,000 nelayan di kawasan itu, terdapat sebahagian nelayan dari Perak dan Kedah turut mencari hasil laut di situ.

Timbalan menteri kesihatan itu berkata beliau sudah bertemu dengan perdana menteri berhubung isu itu dan memberitahu kajian DEIA itu tidak akan diluluskan memandangkan habitat laut yang terjejas.

Pulau Pinang kompromi untung rugi kesan projek tambakan


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments