Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Lagi ahli BN, PKR Sabah sertai Warisan

 | December 20, 2016

Naib presiden Warisan berkata lebih 3,000 ahli BN dan parti pembangkang lain mengumumkan keluar parti untuk menyertai Warisan dalam satu program di Ranau, minggu lalu.

junz-wong_sabah_warisan_1600

PETALING JAYA: Seramai 3,650 ahli parti komponen Barisan Nasional (BN), PKR dan parti pembangkang di Sabah menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) Sabtu lalu, kata Junz Wong.

Naib presiden Warisan itu berkata pengumuman keluar parti untuk menyertai Warisan itu dibuat menerusi program Jelajah Pemuda Warisan Sabah di Kundasang pada 17 Disember lalu.

Beliau berkata antara ahli baharu itu ialah 400 bekas ahli Umno cawangan Desa Aman, 50 ahli Parti Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Parti Bersatu Sabah (150), Parti Maju Sabah (500), Parti Reformasi Negeri Sarawak (500), Parti Cinta Sabah (500) dan 1,550 lagi daripada PKR.

Wong yang juga bekas setiausaha DAP Sabah berkata sambutan luar biasa kepada Warisan itu akan mencerahkan peluang parti yang baru ditubuhkan 2 bulan lalu untuk merampas Sabah daripada BN pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Warisan akan menganjurkan lebih banyak siri jelajah di seluruh Sabah selepas ini,” katanya kepada FMT.

Pada 17 Oktober lalu, Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal menubuhkan parti itu selepas mendapat kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan.

Shafie berkata penubuhan parti baharu itu ialah langkah menyatupadukan semua kaum di Sabah.

Beliau yang juga ahli Parlimen Semporna dan bekas menteri turut mengumumkan bekas naib presiden PKR, Darell Leiking sebagai timbalan presiden, manakala 3 naib presidennya ialah bekas presiden Kadazan Dayak Murud Malaysia, Datuk Peter Anthony; bekas naib ketua Umno Semporna, Jaujan Sambakong dan Wong.
Setakat ini, Warisan mempunyai lebih 30,000 ahli berdaftar.

Parti baharu Shafie lebih berminat satukan rakyat Sabah, bukan parti

Shafie tubuhkan Warisan kerana kecewa, kata Rahman Dahlan


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments