Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

PH tidak pernah bincang lantik Muhyiddin sebagai TPM, kata Saifuddin

 | December 20, 2016

Bagaimanapun, keputusan Lim Kit Siang mengumumkan Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon perdana menteri tidak melanggar konsensus Pakatan

Saifuddin-Abdullah_muhyiddin_600

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) tidak pernah berbincang untuk melantik Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon timbalan perdana menteri, kata Datuk Saifuddin Abdullah.

Ketua Setiausaha Pakatan Harapan bagaimanapun berkata, keputusan memilih Muhyiddin bukan di luar jangkaan pakatan itu.

“Ini kerana saya dapat lihat yang pimpinan PH menghormati Muhyiddin,” katanya kepada FMT.

Sebelum ini, tokoh DAP Lim Kit Siang mendedahkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan dilantik sebagai perdana menteri, manakala Muhyiddin pula dilantik timbalannya, sekiranya PH dan PPBM memenangi Pilihan Raya Umum ke-14.

Wan Azizah akan memangku jawatan itu sementara menunggu Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara.

“Pandangan Kit Siang itu dibuat dalam kerangka PH. Bagi PH, calon perdana menteri kami adalah Anwar Ibrahim tetapi memandangkan ada kemungkinan yang beliau dibebaskan, justeru tidak dapat bertanding dalam PRU14.

“Maka, timbul idea tentang perdana menteri sementara. Saya kira Wan Azizah sebagai perdana menteri sementara adalah praktikal kerana ia melanjutkan peranannya yang kini adalah ketua pembangkang, yang dipersetujui secara konsensus PH,” katanya.

Minggu lalu, selepas Mahkamah Persekutuan menolak semakan sabitan kes liwat, Anwar menyatakan akan berbincang dengan peguam bagi mendapatkan kebebasan dengan cara lain.

Kini, pilihan yang tinggal buatnya adalah memfailkan permohonan kepada Lembaga Pengampunan.

Kit Siang: PH sepakat pilih Wan Azizah PM wanita pertama


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments