Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Selangor haramkan beg plastik mulai 2017, kata exco

 | December 21, 2016

Elizabeth Wong berkata, kerajaan negeri turut melaksanakan kempen bebas bekas polistirena mulai tahun depan.

beg-plastik

PETALING JAYA: Kempen “Hari Tanpa Beg Plastik” yang dilaksanakan kerajaan negeri Selangor pada setiap Sabtu akan dilanjutkan setiap hari mulai tahun depan, kata Elizabeth Wong.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna negeri itu berkata, kerajaan negeri turut melaksanakan kempen bebas bekas polistirena mulai tahun depan.

“Mulai 1 Januari 2017, peniaga di Selangor tidak lagi membekalkan bekas makanan polisterina dan beg plastik tidak diberikan secara percuma.

“Undang-undang pihak berkuasa tempatan berkaitan hal itu sudah dikaji bagi menyokong dasar ini dan peniaga harus bersetuju mengamalkan kempen bebas plastik dan polistirena apabila memperbaharui lesen perniagaan.

“Peniaga akan dibekalkan bahan visual untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap Kempen #BebasPlastik,” katanya pada pelancaran kempen #BebasPlastik di Bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor, hari ini.

plastikposterWong berkata, kerajaan negeri menerusi kaji selidik mendapati 71% penduduk Selangor merasakan kempen “Bebas Beg Plastik” yang mula dilaksanakan setiap Sabtu sahaja tidak memadai.

“Kita perlu membuat perubahan dan kita komited kepada perubahan ini dengan melaksanakan polisi memerangi pembuangan sampah yang berleluasa dan menekankan isu alam sekitar seperti pemanasan global.

“Kesemua majlis rasmi dan bangunan kerajaan Selangor sudah menghentikan penggunaan beg plastik dan polisterina. Perubahan hanya akan berlaku apabila setiap peringkat masyarakat terlibat dalam usaha ini,” katanya.

Adun PKR Bukit Lanjan itu berkata, kerajaan negeri turut melancarkan laman web pendidikan yang membolehkan orang ramai berikrar menyokong kempen bebas plastik dan menggalakkan peniaga serta pembekal mendaftar.

Selangor, katanya, menyasarkan 20,000 ikrar dikumpulkan menjelang tahun baru nanti.

Selangor mula melaksanakan kempen “Hari Tanpa Beg Plastik” pada 2010, dengan sokongan kebanyakan pasar raya besar, pasar mini dan premis perniagaan, pada setiap Sabtu.

Pengguna akan dikenakan bayaran 20 sen bagi setiap beg plastik dan wang itu akan disalurkan kepada badan kebajikan atau program kepenggunaan serta pemuliharaan alam sekitar.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments