Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Kerana Syria dan Iran, Amanah mula berpecah?

 | December 23, 2016

Amanah kini umpama retak menanti belah, menurut sumber dalaman, selepas pendirian presiden Amanah mempertahankan seterunya dari PAS yang tidak disenangi pemimpin lain.

mat-sabu-khalid-samadKUALA LUMPUR: Ketika Mohamad Sabu memberi kunjung hormat ke Syria 4 tahun lalu, semua orang membantainya, termasuklah ahli PAS dan Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin.

Mat Sabu yang ketika itu timbalan presiden PAS dituduh mencabar sensitiviti umat Islam, yang rata-rata mengecam rejim Bashar Assad kerana menggunakan kekerasan melawan pemberontakan kumpulan bersenjata.

Bagaimanapun, semalam, Mat Sabu tampil ke hadapan mempertahankan bekas bosnya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, selepas presiden PAS itu dikritik keras kerana menghadiri sebuah persidangan di Iran, sebuah acara tahunan biasa dihadiri pemimpin PAS dan Amanah di samping NGO dan gerakan Islam sedunia.

Kenyataan Mat Sabu semalam yang dilihat bersimpati terhadap Hadi dilaporkan FMT.

Ia turut dilaporkan laman pro-Amanah Malaysia Dateline, tetapi hanya sementara. Ini kerana, berita dalam Malaysia Dateline bertajuk “Pemimpin Amanah pertahan Hadi ke Tehran” tiba-tiba dipadam tanpa sebarang notis.

Hari ini pula, Ketua Penerangan Amanah Khalid Samad dilaporkan berkata FMT tidak melaporkan kenyataan Mat Sabu dengan tepat, dan menjelaskan kenyataan itu tidak bermakna sokongan untuk Hadi.

Malah, Khalid bercanggah dengan pandangan Mat Sabu yang lawatan Hadi ke Iran tidak perlu dikaitkan dengan krisis di Syria, dan menyifatkan lawatan Hadi “tidak wajar”.

Semua ini menunjukkan betapa goyahnya kedudukan Mat Sabu dalam parti yang diasaskannya tahun lalu bersama bekas pemimpin PAS lain.

“Ramai di dalam Amanah yang sebenarnya mahukan Mat Sabu digantikan dengan (Datuk) Husam Musa,” kata satu sumber yang rapat dengan pimpinan Amanah kepada FMT.

“Semalam (kenyataan Mat Sabu) merupakan satu peluang yang besar bagi kumpulan ini untuk menjayakan agenda mereka.”

Menurutnya, kumpulan anti-Mat Sabu di dalam Amanah asalnya tidak mahu menimbulkan masalah dan bersetuju mengekalkan Mat Sabu sebagai presiden, namun selepas semalam, beliau percaya kumpulan itu kini akan mengatur langkah.

“Rungutan utama puak ialah Amanah menjadi sarang orang Syiah yang bernaung di bawah Mat Sabu. Inilah taktik yang sama yang digunakan oleh puak anti-PAS dulu untuk menjatuhkan Mat Sabu.

“Cuma sedihnya ia turut dibawa ke Amanah,” tambah beliau.

Sejarah berulang

Serangan terhadap Mat Sabu di dalam Amanah, menurut sumber sama, semakin menjadi-jadi sehingga ia merebak ke peringkat pegawai yang menjaga pejabat agong Amanah.

FMT cuba mendesak beliau menghurai lebih lanjut berkenaan serangan terhadap Mat Sabu, namun beliau enggan.

“Mereka yang terbaca ini akan tahu ini benar,” katanya tanpa butir lanjut.

Seorang lagi bekas pimpinan kecil Amanah di Kelantan berkata beliau keluar parti kerana beliau mengganggap Amanah bukanlah pengganti PAS yang diharapkan.

“Modus operandi mereka sama terutamanya pimpinan bekas PAS. Mat Sabu tetap Mat Sabu dan pandangan kontroversinya. Contohnya isu Turki, Mat Sabu tak setuju Turki dipuja dan dijadikan contoh,” tambahnya.

Ditanya apakah wujud gerakan menjatuhkan Mat Sabu, beliau menafikannya.

“Cuma saya tak nafi ramai ahli Amanah yang rasa Mat Sabu bukan pemimpin sesuai untuk parti politik. Husam atau Salahuddin Ayub (naib presiden Amanah) dilihat lebih berwibawa. Kalau ahli nak Mat Sabu digantikan, itu bukan satu gerakan menjatuhkan Mat Sabu, itu demokrasi,” tegas beliau.

Beliau turut merasakan kenyataan Mat Sabu semalam bakal meretakkan Amanah walaupun beliau bersetuju dengan Hadi dan Mat Sabu mengenai pandangan mereka tentang konflik Syria.

“Bagi saya, (Abdul) Hadi dan Mat Sabu betul pandangan mereka pada Syria. Melihat apa yang terjadi di Mesir, Iraq dan Libya, tiada yang lebih penting daripada mempertahankan kedaulatan negara Syria. Penggulingan mana-mana kerajaan di Timur Tengah bermaksud satu lagi penjajahan baru Barat berjaya.

“Ini bukan soal menyokong Bashar atau tidak. Tak faham mengapa pemimpin Amanah melenting pasal Aleppo,” katanya merujuk bandar raya Syria yang berjaya ditawan kembali oleh tentera Syria daripada pemberontak.

“Mereka lupa isu ini sama dengan isu lawatan Mat Sabu ke Syria dulu, Mat Sabu tetap mengekalkan jawatannya sebagai timbalan Hadi di 2013.”

Katanya, langkah beberapa pemimpin Amanah juga tidak berbeza dengan tindak tanduk beberapa pemimpin muda PAS ketika muktamar tahun lalu yang menghentam puak “progresif” pimpinan Mat Sabu.

“Tiba-tiba, Amanah nak muncul sebagai pembela kepada pejuang Syria tanpa memahami geopolitik antarabangsa.

“Bukankah ini sama hipokritnya dengan PAS yang kini terpaksa menelan hujah mereka semata-mata untuk mempertahankan Hadi?” soalnya.

 

Pimpinan Amanah bercanggah dengan Mat Sabu mengenai Hadi


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments