Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Kini, Jamal sindir Siti Nurhaliza kurang subur

 | December 23, 2016

Siti menjawab serangan seksis Jamal dan berkata ia tidak memberi sebarang kesan kepada dirinya.

jamal-sitiPETALING JAYA: Selepas kiriman laman sosial Datuk Siti Nurhaliza yang dilihat mengkritik Datuk Seri Jamal Yunos kerana melakukan “protes tuala” di Shah Alam, pemimpin Umno itu mengirim kenyataan seksis menyindir penyanyi selebriti kerana masih tidak menimang cahaya mata.

“Pesanan saya kepada Siti. Jaga air sendiri yang tidak berapa subur itu, atau cari air lain,” tulis Jamal dalam kiriman Whatsapp, hari ini.

Sebelum itu, Siti memuat naik gambar di laman Instagram mengenai tindakan Jamal yang hadir ke Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor dengan hanya bertuala bagi membantah gangguan air.

“Jangan jadi macam Jamal ye.. #kawasansayapuntakdeair #dapatnotis #sediatongair #fahambahasa #Repost @yasinsulaiman

“Jamal dah 4 hari tak mandi. Minta jasa baik MB tumpang mandi kat opis SUK #lol,” tulis Siti.

jamal-siti2Jamal bagaimanapun bukan individu pertama mengecam Siti. Sebelum beliau, pengguna Rafi Awang Kechik turut mengeluarkan kenyataan bersifat seksis.

Siti di laman Twitternya menyifatkan kritikan sedemikian tidak memberi sebarang kesan kepada dirinya.

“Takpe dik, biarkan mereka. Kata-kata orang macam ini tak memberi kesan pada saya sebab saya tahu mereka cakap tak guna otak yang Allah kurniakan,” tulisnya.

Jamal berkemban ke pejabat kerajaan Selangor bantah gangguan bekalan air

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments