Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Cuepacs: Latihan industri berinsentif RM1,000 mampu kurang penganggur

 | December 25, 2016

Azih juga menyarankan tempoh latihan industri dilanjutkan 2 hingga 3 tahun sementara menunggu kerajaan menarik balik pembekuan jawatan baharu dalam sektor awam.

azih-muda-cuepacs-1

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan menyediakan lebih banyak latihan industri dengan bayaran insentif sekurang-kurangnya RM1,000 kepada graduan universiti yang belum mendapat pekerjaan.

Presidennya, Datuk Azih Muda juga menyarankan tempoh latihan industri dilanjutkan 2 hingga 3 tahun sementara menunggu kerajaan menarik balik pembekuan jawatan baharu dalam sektor awam.

“Kita tahu ramai dalam kalangan mereka ini menganggur disebabkan salah satunya pembekuan jawatan baharu dalam sektor awam. Jadi, cadangan ini dapat mengurangkan kadar pengangguran pada 2017.

“Dengan latihan industri itu, lepasan sekolah dan universiti ini tidak dianggap menganggur sebab mereka bekerja dan dapat gaji,” katanya kepada FMT hari ini.

Beliau mengulas kadar pengangguran dijangka meningkat tahun depan ekoran pembekuan jawatan baharu dalam sektor awam, kelembapan dalam sektor korporat serta pengambilan ekspatriat untuk pekerjaan bergaji tinggi dalam industri pembinaan.

Kelmarin, Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming dilaporkan berkata, kadar pengangguran 2 tahun lalu berada di bawah 3% berbanding 3.5% sekarang.

“Kadar pengangguran mungkin nampak rendah, tetapi walaupun kenaikan 0.5% dalam 14 juta tenaga kerja akan menyebabkan 70,000 rakyat Malaysia tiada kerja,” kata Ong.

Azih berkata, tidak mungkin semua 100,000 graduan universiti akan diserap ke dalam sektor awam, oleh itu pengambilan pekerja asing perlu dikurangkan dengan keutamaan diberikan kepada rakyat tempatan susulan projek pembangunan baharu seperti Mass Rapid Transit (MRT) dan Iskandar Malaysia yang sudah tentu akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

“Jadi, Cuepacs berharap kerajaan tidak terlalu lama membekukan jawatan baharu di dalam sektor awam kerana ini memberi sedikit kesan kepada mereka yang baru nak bekerja dan memasuki sektor awam.

“Kita juga berharap graduan tidak terlalu mengharapkan gaji tinggi dalam permulaan pekerjaan mereka. Jadi, harapan kita supaya soal gaji ini tidak jadi terlalu menghalang mereka untuk bekerja,” katanya.

Lebih ramai menganggur pada 2017


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments