Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Khalid: Pembangkang cadang biar PAS ketuai Kelantan, Terengganu

 | December 27, 2016

Khalid berkata, perbincangan juga akan diadakan untuk memastikan setiap parti mempunyai negeri pangkalan bagi memudahkan rundingan pembahagian kerusi di kalangan parti pembangkang.

khalid-samad-aps-1

PETALING JAYA: PAS tidak dipinggirkan daripada perancangan Pakatan Harapan untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), sebaliknya mereka bercadang membenarkan parti Islam itu “mengetuai” pembangkang di Kelantan dan Terengganu, kata pengarah komunikasi Amanah.

“Jika PAS mahu turut serta, sudah tentu kami akan benarkan mereka ‘mendahului’ di Kelantan dan Terengganu.

“Walaupun kami akan bertanding di beberapa kerusi di Kelantan, tetapi kami akan pastikan PAS mengetuai di Kelantan and Terengganu.

“Penting untuk kami duduk berbincang bagi memastikan setiap parti mempunyai negeri pangkalan,” kata Khalid Abdul Samad pada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.

Katanya, strategi memastikan setiap parti mempunyai negeri pangkalan itu akan memudahkan rundingan pembahagian kerusi di kalangan parti pembangkang.

Dalam pada itu, Khalid berkata, Amanah menyasarkan untuk bertanding 40 kerusi Parlimen pada PRU14.

“Bagi Amanah, kami sudah kenal pasti 40 kerusi berpotensi yang kami berminat turunkan calon. Kerusi itu kami rasa ada harapan dan peluang untuk menang.

“Tetapi, kami akan berbincang mengenainya pada mesyuarat akan datang dengan Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada awal Januari,” katanya.

Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, amat penting untuk parti pembangkang mengetahui senario politik semasa sudah berubah dan tidak boleh lagi menggunakan perancangan pada PRU13.

“Kami tidak boleh menggunakan PRU 2013 sebagai asas untuk pembahagian kerusi. Kita bakal memasuki 2017 dan sudah ada entiti politik baharu.

“Jadi, kita perlu terima hakikat untuk duduk bersama membincangkan langkah seterusnya, jika pembangkang mahu memastikan kemenangan.”

Sementara itu, katanya, pembangkang bukannya mengelak daripada membincangkan calon perdana menteri, sebaliknya mereka lebih menumpukan perancangan dasar baharu.

“Lebih penting jika kami boleh bersetuju menggunakan 1 manifesto dan rangka kerja sama. Ini akan menjadi asas untuk menyatukan pembangkang.

“Ramai calon mampu menjadi perdana menteri sementara dan paling penting sekarang ialah bersetuju pada dasar tertentu.

“Sesiapa yang menjadi perdana menteri kelak akan bertanggungjawab melaksanakan dasar yang dipersetujui itu.”


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments