Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Hanya 25% pengendali bas ekspres diaudit SPAD sejak 2014

 | December 28, 2016

Syed Hamid yakin SPAD mampu menyelesaikan pengauditan baki 75% pengendali bas ekspres lain pada 2017.

syed-albar

KUALA LUMPUR: Hanya 25% pengendali bas ekspres di seluruh negara diaudit Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sejak 2014 sehingga kini.

Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar bagaimanapun optimis SPAD mampu menyelesaikan pengauditan ke atas baki 75% pengendali bas ekspres pada tahun depan.

“Buat masa ini daripada peratusan itu, sebanyak 52 pengendali bas ekspres sudah diaudit (daripada 200 pengendali bas) dan 28 daripada mereka diberikan notis penggantungan operasi.

“Dua pengendali bas diberikan surat amaran, 6 pengendali digantung dan 27 pengendali bas yang diberikan notis penggantungan sedang disemak kembali sama ada dapat meneruskan operasi atau tidak,” katanya pada sidang media di ibu pejabat SPAD hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas langkah diambil terhadap pengendali bas yang melakukan kesalahan sehingga menyebabkan kemalangan berlaku.

Sabtu lalu, 14 orang termasuk pemandu bas terkorban, manakala 16 yang lain cedera, selepas bas ekspres dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur terjunam ke dalam cerun sedalam 10m dekat kawasan Rehat dan Rawat Pagoh, di Johor.

Syed Hamid berkata, 25% pengendali bas itu diaudit bukan disebabkan mereka ialah penyebab kemalangan bas ekspres di negara ini.

Sebaliknya, beliau berkata, ada faktor lain yang menyebabkan kemalangan berlaku, termasuk tidak mematuhi had laju, kecuaian dan masalah disiplin pemandu.

“Audit yang sudah dibuat tidaklah teruk. Perlu dijelaskan supaya tidak menjadi salah faham. Kelemahan audit ini bukanlah satu-satunya punca kemalangan berlaku. Ada faktor lain.

“Saya jangkakan kita akan siapkan sepenuhnya audit ini pada tahun depan,” katanya.

14 maut, 16 cedera dalam kemalangan bas ekspres


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments