Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

SPAD kesal disalahkan setiap kali berlaku nahas

 | December 28, 2016

Pengerusi SPAD menegaskan tidak semua perkara terletak di bawah SPAD kerana ada sesetengah peraturan di bawah bidang kuasa JPJ dan polis.

syed-hamid-albar-spad-bas

KUALA LUMPUR: Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) melahirkan kekesalan kerana sering dipersalahkan setiap kali berlaku kemalangan membabitkan pengangkutan awam seperti bas ekspres.

Menurut Tan Sri Syed Hamid Albar, bukan semua perkara terletak di bawah SPAD kerana ada sesetengah peraturan di bawah bidang kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis.

“Disebabkan itu, kita bercadang menyenaraikan setiap peraturan di bawah bidang SPAD, JPJ dan polis kepada media dan akan dimuat naik di laman web kita.

“Ini bagi mengelakkan kekecohan dan kekeliruan mengenai sesuatu bidang kuasa yang boleh diambil oleh SPAD berhubung keselamatan dan kemalangan melibatkan pengangkutan awam seperti bas ekspres,” katanya.

Ia susulan kecaman orang ramai yang mengatakan SPAD hanya bertindak apabila berlakunya kemalangan seperti kejadikan nahas pada malam Krismas baru-baru ini.

Ia menyebabkan 14 penumpang termasuk pemandu terbunuh dan 16 lain cedera selepas bas ekspres menuju ke Kuala Lumpur terjunam ke dalam gaung sedalam 10 meter berhampiran Pagoh.

Hakikatnya, menurut Syed Hamid Albar, pihaknya sentiasa peka dengan keselamatan pengguna pengangkutan awam cuma ia tidak disedari orang ramai.

Antara peraturan baharu itu ialah bas 2 tingkat tidak boleh digunakan bagi perjalanan di kawasan tinggi, perlu ada sistem brek ke-2 dalam bas serta tiada kapasiti penumpang berdiri.

Katanya, pengenalan peraturan itu merupakan salah satu cara penambahbaikan yang berkesan bagi mengatasi masalah kemalangan jalan raya berulang.

“Sesuatu isu tidak akan dimainkan kecuali jika terjadi kemalangan. Ada benda kita boleh jangkakan tetapi tidak semua kemalangan boleh dielakkan.

“Sebab itu, kita letakkan peraturan baharu berasaskan pengalaman,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat SPAD, di sini hari ini.

Ia merujuk kepada kemalangan di Genting Highlands pada 2013 yang mengorbankan 37 penumpang.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments