Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Pengusaha bas nafi minta surat nikah sebelum beli tiket

 | December 29, 2016

TransMalaya mengambil inisiatif mengasingkan tempat duduk mengikut jantina bagi menghormati privasi dan demi menjaga keselamatan penumpang.

sijil-nikah

PETALING JAYA: Syarikat bas TransMalaya Ekspres menafikan pihaknya meminta pasangan Islam mempamerkan sijil nikah sebelum membeli tiket.

Pegawai bahagian perkhidmatan tiket syarikat, Rina Suhara Ramli berkata pihaknya tidak mengenakan syarat sebegitu kepada pelanggan bagi menghormati privasi penumpang.

“Kami tidak pernah minta surat nikah daripada penumpang yang ingin membeli tiket bas. Kami hanya membuat pengasingan tempat duduk berdasarkan jantina.

“Kadangkala kalau penumpang lelaki nak duduk dengan kawan perempuan, kami tidak halang sebab mereka saling mengenali. Bagi pelanggan yang datang seorang diri, kami akan bertanya pilihan mereka. Kita tidak menetapkan syarat terlalu ketat tetapi pada masa sama sedaya upaya cuba menjaga privasi penumpang,” katanya kepada FMT.

Mengulas lanjut, Rina berkata tujuan utama pihaknya membuat peraturan sedemikian untuk mengelak berlakunya gangguan seksual.

“Sekarang banyak sangat kes gangguan seksual, ia menyebabkan penumpang tidak selesa. Kadangkala kalau penumpang duduk bersebelahan lain jantina, mereka segan, jadi kita bagi pilihan asing tempat duduk.

“Kebanyakan pelanggan yang datang sambut baik dengan pendekatan kami buat dan belum ada penumpang mempersoalkan apa kami buat,” katanya.

Usaha itu bagaimanapun diselar peguam dan aktivis, Siti Kasim yang mahu penumpang diberikan kebebasan semasa menaiki bas.

“Saya tidak akan guna syarikat ini. Jika saya hendak duduk sebelah lelaki atau perempuan, itu pilihan saya. Siapa mereka hendak jadi polis moral?” kata Siti.

Mengulas kritikan pihak susulan perlaksanaan tersebut, Rina berkata TransMalaya mengambil positif teguran tersebut dan menjadikannya sebagai salah satu cara untuk pihaknya meningkatkan kualiti perkhidmatan.

TransMalaya beroperasi bagi laluan Jerantut, Temerloh, Kuantan dan mungkin memperluaskan perkhidmatannya ke Kuala Lumpur.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments