Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Dewan Ulama: Amanah ‘meroyan’ bimbang imej PAS semakin baik

 | January 2, 2017

Khairuddin mempertahankan tindakan pemimpin PAS menyertai program anjuran Umno di luar negara sebagai satu daripada beberapa acara untuk menjelaskan pelbagai isu politik tanah air.

khairuddin-khalid-pas-amanah

PETALING JAYA: PAS menyifatkan sesetengah pemimpin Amanah “meroyan” kerana bimbang dengan kejayaan parti itu mendekati Umno untuk memperkasakan Islam dan seterusnya meningkatkan imejnya di mata rakyat, kata ketua penerangan Dewan Ulama PAS.

Datuk Khairuddin Aman Razali membidas kenyataan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad yang menganggap penyertaan pemimpin PAS dalam program anjuran Kelab Umno Luar Negara bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, sebagai usaha mambantu memulihkan tanggapan negatif terhadap Barisan Nasional (BN).

“Apabila orang seumpama Khalid meroyan dengan kehadiran pimpinan PAS di majlis penjelasan Islam anjuran Umno sendiri, ia menunjukkan Amanah sangat bimbang dengan peningkatan imej PAS di mata rakyat,” katanya kepada FMT.

Khairuddin turut mempertahankan tindakan pemimpin PAS menyertai program anjuran Umno di London itu sebagai satu daripada beberapa acara untuk menjelaskan pelbagai isu politik di tanah air kepada warganegara Malaysia yang berada di perantauan.

Antaranya penjelasan mengenai usul rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 yang dibentangkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat, pada Mei tahun lalu.

“Jika Umno bersedia membantu PAS dalam usaha RUU 355 menunjukkan Umno semakin menerima kepentingan bersama memperkasakan Islam. Itulah kejayaan dakwah PAS. PAS akan terus membina imej sebagai pejuang agama di mata ahli Umno.

“Amanah menjadi penyapu kepada imej DAP yang anti-Islam dengan pelbagai lagak dan gaya. Khalid Samad sendiri menjadi hero yang membentengi segala macam agenda DAP, termasuk menentang agenda memperkasakan RUU 355,” katanya.

Khalid menyifatkan penyertaan PAS dalam program anjuran Umno itu sebagai pendekatan tidak sesuai dan sikap sama pemimpin parti Islam itu mendekati Umno sebelum ini antara punca sebahagian ahli meninggalkan PAS.

Program anjuran Umno itu disertai Khairudin bersama pemimpin PAS lain, termasuk Ahli Parlimen Pengkalan Chepa Dr Mohd Izani Husin.

PAS sudah beberapa kali menegaskan tidak akan mengadakan kerjasama politik dengan Umno, selaras keputusan Majlis Syura Ulama, melainkan isu membabitkan kepentingan Islam, PAS terbuka bekerjasama dengan mana-mana pihak, termasuk parti pemerintah.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments