Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Kami masih trauma banjir lumpur 2014, kata Orang Asli

 | January 3, 2017

Jamali berkata, kebanyakan Orang Asli bimbang jika hujan berterusan, banjir lumpur akan melanda kawasan penempatan mereka kesan daripada kegiatan pembalakan diluluskan kerajaan negeri.

banjir-kelantan

PETALING JAYA: Orang Asli di Gua Musang mengakui tidak senang duduk kerana bimbang aktiviti pembalakan di kawasan itu akan menyebabkan bencana banjir besar berulang ketika musim tengkujuh berlaku di Kelantan.

Setiausaha Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK), Jamali Ayu berkata, kebanyakan mereka bimbang jika hujan berterusan, banjir lumpur akan melanda kawasan penempatan mereka kesan daripada kegiatan pembalakan diluluskan kerajaan negeri.

“Memang pada musim tengkujuh ini kita bimbang kalau hujan berlarutan, lumpur akan turun dari kawasan-kawasan yang diterokai pembalak, malah sungai juga makin berkelodak.

“Sekarang ini, Orang Asli memang berada dalam keadaan berjaga-jaga sebab kami masih trauma dengan banjir lumpur yang melanda perkampungan Orang Asli pada 2014.

“Bagaimanapun, sehingga kini, keadaan masih selamat dan keadaan tidak menentu, kejap hujan kejap panas,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Pun begitu, Jamali meminta kerajaan negeri memberi perhatian terhadap nasib mereka dan tidak hanya memfokuskan mangsa banjir di kawasan hilir yang terjejas teruk sahaja.

Sehingga kini, sebanyak 30 sekolah di daerah Pasir Mas, Tanah Merah, Kuala Krai dan Tumpat ditutup berikutan banjir yang melanda Kelantan sejak Sabtu lalu.

Setakat tengah hari ini, jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 4,208 orang berbanding 3,774 orang daripada 1,314 keluarga setakat 8 pagi tadi.

Mengulas sekatan dilakukan penduduk Orang Asli, Jamali berkata, mereka masih meneruskan usaha itu walaupun hujan lebat.

“Kami masih teruskan sekarang kepada pembalak dan kami ingin berpesan kepada pihak kerajaan negeri, mereka perlu turun berbincang dengan penduduk bawahan, bukannya hanya mengadakan pertemuan dengan penghulu dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) sahaja,” katanya.

Kelantan banjir: 30 sekolah ditutup

Mangsa banjir Kelantan kembali meningkat

Ibarat pikul batu berat di kepala, kata Orang Asli


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments