Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Kerabat diraja senang tarik dana untuk sukan

 | January 3, 2017

Khoo Kay Kim bagaimanapun berkata pihak istana perlu memberi jaminan kejayaan supaya tidak menghampakan penyokong.

Khoo-Kay-Kim_jdt_johor_600

PETALING JAYA: Tan Sri Khoo Kay Kim tidak menganggap satu masalah bagi kerabat diraja menerajui persatuan bola sepak.

Pakar sejarah tempatan yang kerap mengkritik prestasi sukan tanah air itu berkata, kuasa yang ada pada istana memudahkan proses mencari dana dan memastikan pihak yang terlibat berusaha membangunkan sukan yang diterajui.

“Zaman British, mereka pun memberi kuasa kepada raja terutama untuk menyelesaikan masalah tempatan, jadi bagi saya golongan diraja boleh, kalau mereka menggunakan kuasa untuk mencapai kecemerlangan sukan.

“Mereka mempunyai pengaruh mencari dana, mempunyai kuasa untuk meningkatkan kualiti sukan itu sendiri,” katanya kepada FMT, mengulas sejauh mana kerabat diraja mampu memajukan sukan tanah air.

Komen Khoo itu di sebalik kritikan bekas presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa baru-baru ini yang mendakwa pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) merosakkan pasaran bola sepak Malaysia dengan bayaran gaji terlalu tinggi, mengundang teguran pedas Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Kepada Tan Sri, semua stadium di negeri Johor sememangnya milik kerajaan negeri Johor dan kerajaan tersebut pula adalah milik siapa? Milik DYMM Sultan Johor yang wujud sejak 1885.

“Kepada Tan Sri, jangan jadi liabiliti kepada parti anda. Anda sendiri jelas mempunyai kepentingan diri sendiri dalam parti. Ingatlah anda berkhidmat kepada rakyat,” kata TMJ.

Khoo berkata walaupun dilihat mampu membawa perubahan kepada sukan bola sepak, pihak istana perlu beri jaminan kejayaan kepada pasukan bagi menjaga keyakinan peminat.

Khoo turut memuji TMJ atas kejayaan buat pasukan bola sepak JDT.

“Johor sudah menunjukkan dengan kepimpinan raja menerajui bola dan ia perlu dicontohi pasukan lain,” katanya.

Antara kerabat diraja yang pernah menerajui sukan ialah Sultan Ahmad Shah dari Pahang, yang dilantik menjadi presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 1984, diganti puteranya Tengku Abdullah pada 2014.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments