Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Banjir: Lebih 20,000 dipindahkan di Terengganu, Kelantan

 | January 4, 2017

Sebanyak 207 pusat pemindahan dibuka di kedua-dua negeri itu dengan Terengganu mencatatkan jumlah mangsa banjir paling ramai pagi ini.

banjir_kelanta_tergganu_600

PETALING JAYA: Keadaan banjir di Terengganu dan Kelantan bertambah buruk pagi ini, apabila lebih 20,000 mangsa daripada 6,449 keluarga terpaksa dipindahkan ke 207 pusat pemindahan di 2 negeri itu.

Menurut aplikasi Info Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat, jumlah mangsa banjir di 2 negeri Pantai Timur itu meningkat secara mendadak kepada 20,742 orang, setakat 8.20 pagi ini.

Di Terengganu, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 10,766 orang daripada 3,169 keluarga yang ditempatkan di 125 pusat pemindahan pagi ini berbanding 4,352 orang pada 9 malam semalam.

Di Kelantan pula, seramai 9,976 orang daripada 3,280 keluarga ditempatkan di 82 pusat pemindahan pagi ini berbanding 6,110 orang pada 9 malam tadi.

Hari ini juga, Jabatan Pengairan dan Saliran melalui laman web publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan 6 sungai di 4 daerah di Terengganu kini melepasi paras bahaya.

Ia membabitkan Sungai Besut di Kampung La dan Jambatan Jerteh, Sungai Chalok di Jambatan Chalok, Sungai Nerus di Kampung Langkap, Sungai Telemong di Kuala Ping, Sungai Berang di Kampung Menerong serta Sungai Dungun di Kuala Jengai dan Jambatan Jerangau.

Sebanyak 48 sekolah di 5 jajahan Kelantan turut ditutup hari ini kerana sekolah dinaiki air atau laluan ke sekolah terbabit ditenggelami air.

Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan menerusi kenyataan malam tadi berkata, ia membabitkan 24 sekolah di jajahan Pasir Mas, Kuala Krai (9), Tanah Merah (6), Tumpat (5) dan Machang (4).

Penutupan sekolah itu membabitkan 1,528 guru dan 15,084 pelajar di Kelantan.

Bagaimanapun, pegawai khidmat pelanggan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur, semalam memaklumkan tiada notis pembatalan perjalanan bas dari atau ke Kelantan dan Terengganu.

Cuti tahunan 5,000 anggota polis di Kelantan turut dibekukan ekoran keadaan banjir di negeri berkenaan.

Mangsa dipindahkan 2 kali akibat pusat pemindahan dinaiki air


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments