Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Hakim salah hukum perogol 110 sebatan, kata peguam

 | January 5, 2017

Undang-undang menyatakan perogol hanya boleh menerima maksimum 24 sebatan apabila disabitkan bagi 2 atau lebih kesalahan berlainan, kata Ramkarpal Singh.

Ramkarpal-Singh-said

PETALING JAYA: Hakim Mahkamah Sesyen bersalah apabila mengarahkan seorang lelaki disebat 110 kali bagi 12 pertuduhan penderaan seksual terhadap anak perempuannya yang berusia 16 tahun, kata peguam, sambil menambah ia tidak diperuntukkan dalam undang-undang.

Ramkarpal Singh berkata Seksyen 288 Kanun Prosedur Jenayah (CPC) hanya membenarkan mahkamah mengenakan maksimum 24 sebatan bagi pesalah dewasa.

“Hakim menyalahgunakan undang-undang dalam memerintahkan tertuduh disebat 110 kali,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata Seksyen 288 (5) Kanun Tatacara Jenayah menyatakan 24 sebatan boleh diperintahkan kepada orang dewasa dan 10 sebatan kepada pesalah muda apabila disabitkan dalam satu perbicaraan bagi 2 atau lebih bagi kesalahan yang berbeza.

Ramkarpal, yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor, berkata demikian semasa mengulas kes seorang lelaki berusia 38 tahun yang dijatuhi hukuman 232 tahun penjara dan sebatan 110 kali oleh Mahkamah Sesyen pada 30 Disember kerana merogol dan melakukan seks oral terhadap anak perempuannya.

Hakim M Kunasundari menjatuhkan hukuman selepas lelaki itu mengaku bersalah atas 11 tuduhan rogol dan satu kerana melakukan seks oral, di sebuah premis di Lorong Haji Taib di Kuala Lumpur antara Ogos dan September tahun lepas.

Bagaimanapun, lelaki itu hanya akan menjalani tempoh 80 tahun penjara kerana arahan hukuman diperintahkan berjalan serentak.

Mereka yang disabitkan kesalahan rogol boleh dipenjarakan sehingga 30 tahun dan disebat maksimum 10 kali.

Bagi kesalahan seks oral, hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, walaupun bilangan sebatan tidak dinyatakan.

Kunasundari, semasa menjatuhkan hukuman berkata kesalahan yang dilakukan adalah serius dan kejam.

Ramkarpal berkata tertuduh boleh membuat rayuan terhadap hukuman atau seorang hakim Mahkamah Tinggi boleh memanggil kes itu dengan cara semakan.

Gelandangan rogol anak dipenjara 232 tahun, 110 sebatan


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments