Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Rafizi perkecil ramalan Financial Times, yakin Pakatan mampu menang PRU14

 | January 5, 2017

Ahli Parlimen Pandan itu mengatakan kaji selidik itu hanya melibatkan sampel kecil dan tidak menggambarkan situasi sebenar negara.

Rafizi-Ramli_ftt_undi_600

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli memperkecilkan hasil kajian Financial Times yang meramalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menang pilihan raya umum (PRU) akan datang walaupun dicemari skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Katanya, kaji selidik mengenai sentimen ekonomi dan politik di kalangan 1,000 responden di Malaysia itu hanya melibatkan sampel kecil dan tidak menggambarkan situasi sebenar.

Justeru, beliau menggesa Pakatan Harapan (PH) kekal fokus dan mengelakkan pertengkaran di hadapan masyarakat umum seperti yang berlaku ketika kerjasama dalam Pakatan Rakyat.

“PH perlu ada serampang 2 mata dan perlu serang serta tumpu isu rakyat dan tunjukkan beban dan kelemahan yang dibawa kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Ke-2, mesti percepatkan mengupas, mencadangkan dasar penyelesaian masalah. Kalau PH boleh tumpukan ini, daripada berangan siapa jadi perdana menteri dan wujudkan Kabinet bayangan, peluang kita cerah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Invoke.

Beliau berkata demikian bagi mengulas penyelidikan Financial Times semalam yang meramalkan ketidaktentuan tarikh PRU akan datang boleh menyumbang kepada prospek suram negara.

Firma penyelidikan itu juga menjangkakan Najib memenangi pilihan raya walaupun dicemari skandal 1MDB.

“Proses persempadanan semula yang berjaya dan pembangkang berpecah bermakna peluang perubahan kuasa adalah sangat kecil di Malaysia,” katanya dalam satu kertas penyelidikan.

Menurut pasukan penyelidikan itu, Najib juga berpeluang mendapat manfaat hasil kegagalan yang dijangka dalam rundingan antara PH dan PAS.

Bagaimanapun, ahli Parlimen Pandan itu yakin jika PRU ke-14 diadakan selepas Mei, peluang PH untuk menang sangat cerah.

Ini berdasarkan kajiannya sendiri yang menunjukkan momentum dan gelombang rakyat mahu menukar Najib sebagai perdana menteri semakin tinggi.

“Jika pilihan raya diadakan hari ini, dan berlakunya 3 penjuru, peluang BN menang saya anggarkan 3-4% kelebihan sahaja daripada kita.

“Tetapi jika diadakan dalam tempoh 5 hingga 7 bulan akan datang, peratusan PH untuk menang cerah berikutan keperluan rakyat mahu kerajaan pimpinan BN ditukar semakin tinggi.

“Keadaan makin teruk di bawah dan lebih ramai orang terkesan dengan ekonomi sehingga menyebabkan rakyat tidak ada kerja, pengundi atas pagar daripada PAS dan BN juga ada yang ingin menukar kerajaan,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments