Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Tukar jantina tak perlu tukar kad, kata panel hakim

 | January 5, 2017

Mahkamah Rayuan menterbalikkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Jabatan Pendaftaran Negara tidak perlu meminda kad pengenalan orang yang menukar jantina.

tukar-ic

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan kerajaan untuk mengakaskan perintah Mahkamah Tinggi yang memerintahkan butiran kad pengenalan seorang wanita yang menjalani pembedahan tukar jantina dipinda.

Panel 3 hakim diketuai Hakim Datuk Seri Zakaria Sam sepakat memutuskan rayuan ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara mempunyai merit.

ABC (nama samaran), 30, menjalani pembedahan tukar jantina di Thailand pada 2009 memohon jabatan supaya menukar nama dan digit terakhir MyKad agar memaparkan jantina lelaki.

Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim S Nantha Balan pada 18 Julai tahun lalu membenarkan pengisytiharaan jantina baharu ABC.

Menurut hakim, plaintif mempunyai hak kehidupan di bawah Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan dan konsep ‘kehidupan’ haruslah merangkumi hak untuk menjalani hidup secara bermaruah sebagai seorang lelaki dan diberi pengiktirafan secara sah.

Hakim tidak bersetuju dengan hujah jabatan yang berpandangan seseorang yang menjalani pembedahan tukar jantina mungkin akan melakukan pembedahan pemulihan jantina asal.

Pada beliau, hujah itu bukan sahaja dibuat-buat, tetapi juga mencerminkan penetapan minda seorang pencemas.

Katanya, ABC yang dilahirkan sebagai seorang perempuan, tetapi membesar dengan kelakuan dan hidup sebagai seorang lelaki.

Katanya, ABC menjalani pembedahan tukar jantina dan memperoleh pengesahan daripada pengamal perubatan dan memenuhi ambang yang ditetapkan dalam undang-undang kes sebelum ini.

Cadangan daripada jabatan yang mengatakan perintah itu boleh menyebabkan kekeliruan juga ditolak.

Ini kerana mengiktiraf jantina baharu ABC menyumbang kepada kepastian dan mengelakkan konflik, sekiranya ABC diminta menggunakan tandas perempuan, kata Nantha.

Semuanya berpokok kepada mutu dan daya pujuk bukti perubatan dan psikiatrik dan matriks fakta yang dibentangkan ke mahkamah kerana permohonan mesti atas sebab yang tulen dan bukan untuk sebab yang palsu atau mencurigakan, katanya.

Kata Nantha, meminta syarat kromosom juga adalah kuno dan mustahil dipenuhi kerana kromosom lelaki (XY) dan kromosom perempuan (XX) akan kekal statik sepanjang hidup semula jadi individu.

Di Mahkamah Rayuan hari ini, pendakwaraya kanan Mohamad Rizal Fadzil memberitahu ABC tidak menyerahkan laporan perubatan mengenai kromosomnya selepas pembedahan tukar jantina.

ABC hanya menyerahkan bukti keadaan keadaan fizikal seperti organ seksual lelaki dan faktor psikologi.

Peguam ABC, William Lim, menggesa hakim supaya mengekalkan dapatan Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun, mahkamah berehat ketika pembentangannya dan kembali bersidang untuk menyampaikan keputusan.

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments